• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

11 Kluster Covid-19 Tempat Kerja Diisytiharkan Tamat

oleh
09/07/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 15 kluster jangkitan koronavirus (Covid-19) yang disenaraikan di bawah kluster tempat kerja.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu 11 kluster telah diisytiharkan tamat termasuk Kluster Syarikat Pembersihan Kuala Lumpur yang tamat hari ini.

“Kluster Syarikat Pembersihan Kuala Lumpur merupakan yang pertama dikesan membabitkan klsuter tempat kerja,” katanya.

Menurutnya, empat kluster tempat kerja masih aktif iaitu Kluster Tapak Pembinaan Kuala Lumpur 2, Kluster Pedas, Kluster Syarikat Pembersihan dan Kluster Tapak Pembinaan Kuching.

“Sebanyak 436 kes disahkan positif daripada empat kluster berkenaan termasuk 16 rakyat tempatan,” katanya.

Beliau berkata, sehingga jam 12 tengah hari hari ini, seramai 10,362 orang telah disaring dalam semua kluster tempat kerja.

“Jumlah keseluruhan kes positif yang dikesan dalam kluster-kluster ini adalah 722 kes yang melibatkan 122 warga tempatan dan 600 warga asing,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, warga Bangladesh paling ramai dijangkiti dalam kluster tersebut dengan 234 kes positif dilaporkan.

“Ia diikuti dengan warga Nepal (212 kes), warga Indonesia (109 kes), warga Myanmar (36 kes), tujuh warga India dan masing-masing satu kes melibatkan warga Kemboja dan Vietnam,” katanya.

Katanya, bagi industri yang menggunakan banyak tenaga kerja termasuk warga asing, majikan bertanggungjawab untuk memastikan pekerja mereka sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) selain mengamalkan langkah-langkah pencegahan di tempat kerja. – Sinar Harian

Tags: Covid-19KKMkluster
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd