• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Anggota TLDM Maut, Seorang Cedera Dalam Kemalangan

oleh
23/06/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RANAU – Tiga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dari Markas Wilayah Laut (Mawilla) 2 Pangkalan TLDM Sandakan maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan di Jalan Ranau-Kota Kinabalu dekat sini petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd Taib berkata sepasukan tujuh anggota serta pegawai bomba dan penyelamat bergegas ke lokasi kejadian bersama sebuah jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) serta pacuan empat roda untuk membantu operasi, selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.03 petang.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pihak bomba dan penyelamat mendapati kemalangan melibatkan sebuah lori TLDM yang terbabas sendiri. Pasukan bomba dan penyelamat bertindak mengalihkan mereka yang terlibat dari lokasi kemalangan,” katanya ketika dihubungi. 

Sementara itu Mawilla 2 di Sandakan dalam satu kenyataan memaklumkan mereka yang maut dikenali sebagai Laskar Kanan PAP Maslim Abdul Rahim dari Semporna, Laskar Kelas I TNL Mohamad Firdaus Mat Izan (Kluang, Johor) dan Laskar Kelas I TMK Muhammad Arif Idris (Melaka), manakala yang cedera ialah Laskar Kelas II TLR Vincent M Orel.

“Dalam kejadian itu, kenderaan jenis lori tiga tan milik TLDM telah hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan. Kesemua anggota yang terlibat dalam nahas itu sedang dalam perjalanan ke Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Teluk Sepanggar dari Pangkalan TLDM Sandakan bagi melaksanakan tugas rasmi,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Tags: kemalangan mautTLDM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd