• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK Chini: Mohd Sharim Nak Sambung Legasi Ayah

oleh
19/06/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

“TEKAD saya sebagai orang muda untuk teruskan legasi arwah ayahanda dan guru saya di Felda Chini, Datuk (Seri) Abu Bakar (Harun),” kata Mohd Sharim Md Zain yang diumumkan calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini.

Pengumuman calon BN itu dibuat Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di Pejabat UMNO Bahagian Pekan, semalam.

Majlis turut dihadiri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Ahli Parlimen Pekan.

Mohd Sharim, 41, berkata, sangat menghargai kepercayaan diberikan parti untuknya mewakili BN dalam PRK berkenaan.

“Saya akan cuba menunaikan tanggungjawab ini dengan amanah,” katanya dalam sidang media yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Najib Razak.

Mohd Sharim adalah usahawan yang juga anak peneroka Felda Chini.

Beliau adalah Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pekan yang aktif dalam aktiviti kemasyarakatan termasuk menjadi Pengerusi Majlis Belia Felda Wilayah Kuantan dan Naib Presiden Majlis Belia Pahang.

Sementara itu, Wan Rosdy berkata, Mohd Sharim dipilih daripada 12 calon bagi mewakili belia di kawasan berkenaan yang merekod 56. 9 peratus daripada jumlah pengundi.

“Kriteria utama calon dipilih adalah yang boleh diterima masyarakat dan Sharim memenuhinya,” katanya yang memberitahu turut mengambil kira pandangan penduduk kawasan dan rakan parti Perikatan Nasional (PN).

Najib yang diberi mandat memilih calon bagi PRK itu berkata, Mohd Sharim anak tempatan yang pernah bekerjasama rapat dengan penyandang terdahulu iaitu Allahyarham Datuk Seri Abu Bakar Harun.

“Kita cuba mencari calon yang disenangi semua pihak dan tidak banyak masalah. Dia (Mohd Sharim) faham dan masak dengan selok-belok (Dun), masyarakat Chini dan sebagainya.

“Ini bukanlah keputusan bersendirian, sebaliknya saya sentiasa berunding dengan Wan Rosdy dan Parlimen (Pekan) supaya kita capai kata sepakat (dalam pemilihan calon),” katanya.

Katanya, keputusan juga mengambil kira 82 peratus pengundi DUN itu yang terdiri daripada rakyat Felda termasuk 8,500 pengundi luar.

PRK DUN Chini diadakan susulan kematian Abu Bakar akibat serangan jantung pada 6 Mei lalu.

Ia dijadualkan pada 4 Julai dengan 20 Jun sebagai hari penamaan calon dan hari pengundian awal pada 30 Jun.

Pada Pilihan Raya Umum lalu, Abu Bakar mempertahankan kerusi DUN Chini dengan majoriti 4,622 undi selepas memperoleh 10,027 undi, menewaskan calon PAS, Mohd Fadhil Noor Abdul Karim (5,405) dan Mohamad Razali Ithnain daripada PKR (1,065). – myMetro Online

Tags: Barisan NasionalPeneroka FELDAPRK Chini
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Warga Indonesia Positif COVID-19 Menghilangkan Diri

Next Post

Kerajaan Mungkin Batal Rancangan Beli Lebuh Raya Gamuda

Related Posts

PRN Johor: BN Bertanding Solo, Yakin Peroleh Dua Pertiga Kerusi

24/01/2022
0

JOHOR BAHRU : Pengerusi BN Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata gabungan itu akan bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri...

‘Guna Warna Biru BN Hanya Kebetulan’

15/12/2021
0

KUCHING: Calon Bebas yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut, Khairul Ahmat, menjelaskan penggunaan warna biru Barisan Nasional...

Next Post

Kerajaan Mungkin Batal Rancangan Beli Lebuh Raya Gamuda

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd