• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Plat SYG 8055 Tarik 25 Pembida

oleh
17/06/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Plat kenderaan SYG 8055 telah berjaya menarik 25 pembida di seluruh negara.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, nombor tersebut dijual pada RM19,000.

“Nombor SYG 1 berjaya dibida pada RM115,000, SYG 9 dijual pada harga RM70,000 manakala SYG 4111 juga mendapat perhatian pembida dan dibida pada harga RM5,200.

“Dalam siri plat nombor SYG, SYG 8055 mendapat bidaan paling ramai,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Menurutnya, siri nombor pendaftaran SYG berjaya mengutip hasil sebanyak RM3.4 juta selepas bidaan dibuka selama lima hari termasuk bidaan siri SYG bagi kawasan Sabah yang dibuka menerusi sistem JPJPebid pada 10 Jun dan tamat pada 15 Jun.

“Ssiri nombor pendaftaran ini juga mendahului siri ALL yang dibuka tahun lalu dengan perbezaan kutipan RM100,254.

“Terima kasih kepada orang awam kerana ia secara tidak langsung berjaya memberi kutipan hasil kepada JPJ,” katanya.

Katanya, sebanyak 3,174 siri SYG dibida manakala 6,826 lagi masih belum dibida dan orang awam yang berminat boleh mendapatkan baki nombor pendaftaran tersebut di Pejabat JPJ negeri atau Cawangan.

Dalam pada itu, Shaharuddin memberi amaran setiap nombor pendaftaran perlu mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

“Kita dapati nombor pendaftaran diubah suai menjadi ‘fancy’ semakin meningkat,” katanya.

“Setakat Januari sehingga Mei tahun ini, JPJ mengeluarkan saman terhadap 12,694 pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan ini,” katanya.

Menurutnya, pemilik kenderaan akan dipanggil untuk diberi penjelasan selain dikenakan saman RM300 dan diarah menukar nombor pendaftaran mengikut spesifikasi. – Sinar Harian

Tags: plat kenderaanSYG
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Plat Kenderaan ‘Isteri Perdana Menteri’ Bukan Permintaan Wan Azizah

Plat Kenderaan ‘Isteri Perdana Menteri’ Bukan Permintaan Wan Azizah

25/06/2023
0

PETALING JAYA – Sebuah gambar tular memaparkan kenderaan dengan nombor pendaftaran ‘Isteri YAB Perdana Menteri’ merupakan amalan biasa Kerajaan Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd