• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PENJANA Beri Pusingan Modal Peladang, Petani, Nelayan

oleh
25/06/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Industri pertanian dan makanan adalah antara sektor yang terkesan akibat wabak COVID-19 dan memerlukan sokongan dan bantuan modal demi memastikan kelangsungan dan jaminan rantaian makanan.

Langkah kerajaan dalam Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) untuk industri pertanian dan makanan bertujuan menyuntik pembiayaan, selain dapat dijadikan modal pusingan untuk peladang, petani dan nelayan memulakan semula aktiviti masing-masing. 

Terdapat tiga bantuan khusus yang diperuntukkan dalam sektor itu iaitu peruntukan berjumlah RM350 juta menerusi Skim Pembiayaan Mikrokredit di bawah Agrobank; insentif memudahcara mobiliti kerja pertanian kepada syarikat perintis dan sumbangan in-kind bagi menyokong pertanian bandar.

Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas), Dr Anis Mahmud @ Abdul Samad berkata pelan itu adalah bantuan tambahan kepada peladang dan petani yang menerima pakej rangsangan ekonomi sebelum ini.

“Apa yang berlaku dalam perbincangan, kementerian (Kementerian Pertanian dan Industri Makanan) menjangkakan para peladang yang nak mula balik bertani akan ada masalah, terputus modal.

“Jadi pakej PENJANA ini diadakan supaya dapat memastikan mereka meneruskan perusahaan masing-masing. Bukan sahaja petani dan peladang, maknanya semua pun boleh seperti mereka yang buat makanan kerana semuanya terputus (modal) sebelum ini,” katanya kepada Bernama.

Berhubung insentif mobiliti kerja, Anis memberitahu program itu bertujuan memberi latihan kepada mereka yang berminat dalam bidang pertanian.

“Mereka mesti ada mentor atau kaedah supaya peladang sedia ada boleh ambil mereka untuk mulakan pertanian. Program ini akan pilih syarikat rintis.

“Kita beri dana kepada mereka, kita letak beberapa orang di syarikat itu supaya mereka dapat berlatih untuk bertani dalam tempoh tertentu sebelum memulakan pertanian secara persendirian,” katanya.

Mengenai sumbangan in-kind, beliau berkata bantuan diberi dari segi peralatan dan bahan pertanian seperti benih, baja, khidmat nasihat dan latihan sehingga maksimum RM50,000 bagi komuniti dan RM500 kepada individu yang berminat untuk mula bertani.

“Individu pun boleh memohon (PENJANA) di kawasan mereka… untuk yang dah hilang pekerjaan. Ini (sumbangan in-kind) untuk pekerja yang salah tempat, bukan yang langsung adalah peladang,” katanya.

Pengurus Besar Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat), Azrin Shah Ismail berpandangan PENJANA dapat membantu para nelayan yang berdepan masalah modal mahupun pembiayaan bagi membeli dan perbaiki peralatan mereka.

Menurutnya, pemasaran hasil laut agak terjejas ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik COVID-19 dan menyebabkan aktiviti para nelayan terhenti seketika.

“Sekarang apabila dah ada PENJANA, ia dapat membantu. Sekurang-kurangnya mereka dapat modal untuk memulakan semula perniagaan.

“Dulu modal terjejas, sekarang ada peluang memohon (PENJANA). Jika layak, dapat mulakan modal pusingan mulakan perusaahan atau menaik taraf peralatan mereka,” katanya.

Membawakan tema ‘Bersama Menjana Ekonomi’, pada 5 Jun, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PENJANA yang mengandungi 40 inisiatif bernilai RM35 bilion sebagai langkah untuk membangun dan merancakkan semula ekonomi negara untuk jangka masa pendek. – BERNAMA

Tags: Covid-19NelayanPeladangPENJANAPetani
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bendera Kejayaan Menentang COVID-19 Dikibar Julai Ini?

Next Post

Kepercayaan Kepada Tuhan Bentuk Rakyat, Malaysia Berdaulat

Related Posts

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Hampir 1,000 Anak Yatim, Piatu Akibat COVID-19 Dibantu Yayasan Keluarga Malaysia

Hampir 1,000 Anak Yatim, Piatu Akibat COVID-19 Dibantu Yayasan Keluarga Malaysia

08/01/2025
0

PASIR MAS: Hampir 1,000 anak yatim dan yatim piatu yang kematian ibu atau bapa atau kedua-duanya disebabkan pandemik COVID-19, selain...

Next Post

Kepercayaan Kepada Tuhan Bentuk Rakyat, Malaysia Berdaulat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd