• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mujahid Tanggungjawab Atas Lelongan Aset Hartanah TH

oleh
18/06/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pendedahan surat perlucutan hak terhadap pembelian semula aset Lembaga Tabung Haji (TH) oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah suatu yang amat mengejutkan.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, surat kepada Urusharta Jemaah Sdn Bhd (UJSB) itu ditandatangani sendiri oleh Nik Mohd Hasyudeen Yusof, Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif TH.

Menurutnya, surat rasmi TH bertarikh 3 Disember 2019 itu mendedahkan Menteri Agama di bawah Pakatan Harapan (PH), Dr Mujahid Yusof Rawa meluluskan pengecualian hak penolakan pertama bagi 18 aset hartanah TH yang dipindahkan ke UJSB.

“Dengan bahasa mudah, Dr Mujahid selaku Menteri pada waktu itu telah menggunakan kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta Tabung Haji 1995 untuk melepaskan hak TH membeli semula aset hartanah bagi membolehkan semua aset TH tersebut dilelong kepada pihak luar.

“Jika ini benar-benar dilaksanakan, aset-aset hartanah TH termasuk hotel-hotel TH di beberapa lokasi strategik seluruh negara bahkan punya prospek keuntungan tinggi akan hilang buat selama-lamanya daripada pegangan TH.

“Untuk makluman Kerajaan Pakatan Harapan (PH) menjual aset-aset milik TH kepada UJSB berjumlah hampir RM10 bilion dengan harga RM19.9 billion, atas dakwaan TH mengalami defisit aset berbanding liabiliti berjumlah RM4.1 bilion di bawah program penstrukturan semula aset TH,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Asyraf Wajdi berkata, pendedahan surat itu menunjukkan Dr Mujahid tidak berkata benar apabila membuat kenyataan pada 24 Januari 2020 bahawa tiada campur tangan dalam urusan penjualan aset TH.

Justeru, menurutnya, Pemuda UMNO mendesak Dr Mujahid untuk segera memberi penjelasan berkenaan perkara tersebut dan mengambil tanggungjawab di atas tindakan yang jelas tidak meletakkan kepentingan TH serta pendeposit sebagai keutamaan semasa menjadi Menteri Agama.

“Pemuda UMNO juga menggesa agar pihak Kementerian Kewangan selaku pemilik UJSB untuk segera menyiasat perkara ini dan memaklumkan kepada rakyat akan status aset-aset milik TH yang masih dipegang dan diuruskan oleh UJSB,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Aset HartanahMujahid Yusof RawaTabung Haji
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Anak Peneroka Felda Calon BN Bagi PRK DUN Chini

Next Post

Zahid Bayar Tunai Lebih RM1.4 Juta Ubah Suai Banglo

Related Posts

Iran Sahkan Operasi Janji Benar Sudah Berakhir

Konflik Iran-Israel: TH Teruskan Persiapan Bagi Musim Haji 2024 Seperti Dirancang – Mohd Na’im

14/04/2024
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi memastikan keselamatan jemaah haji dan umrah...

Tabung Haji Umum Agihan Keuntungan 3.1 Peratus Bagi 2022

Tabung Haji Umum Agihan Keuntungan 3.1 Peratus Bagi 2022

28/04/2023
0

Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan agihan keuntungan 3.1 peratus selepas zakat bagi tahun kewangan 2022. Ikuti Mynewshub: Telegram Menteri...

Next Post

Zahid Bayar Tunai Lebih RM1.4 Juta Ubah Suai Banglo

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd