• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kos Landasan Berkembar Gemas-JB Kekal Walaupun Lewat

oleh
24/06/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KULAI – Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru (PLBEGJB) tidak akan mengalami sebarang kenaikan kos keseluruhan projek walaupun dijangka siap lewat setahun dari jadual asal.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata projek yang kini dijadual siap pada Oktober 2022, menelan kos sebanyak RM9.55 bilion termasuk lebih RM400 juta untuk gerabak dan RM200 juta bagi perunding.

“Setakat yang kita dimaklumkan, tiada kenaikan (kos). Lagipun lewat itu sedikit sahaja, (perkembangan) sebanyak 1.6 peratus. Biasanya kalau satu hingga dua peratus itu dapat diselesaikan dalam masa dua tahun.

“Mengikut taklimat SIPP-YTL iaitu syarikat yang mengendalikannya, projek ini sudah 60 peratus siap. (Oleh itu) kelewatan 1.6 peratus itu boleh ditampung. Antara sebab (kelewatan) itu adalah COVID-19 selama dua tiga bulan ini namun syarikat ini berpengalaman dan diharapkan kerja mereka siap menjelang Oktober 2022,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat kerja-kerja berkaitan projek berkenaan di Stesen Keretapi Tanah Melayu Kulai, di sini, pada Ahad.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (Rail Division) SIPP-YTL, Datuk Seri Azmi Abdul Aziz berkata kelewatan projek itu adalah berikutan proses pengambilan tanah serta pemberhentian kerja-kerja berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 18 Mac lepas.

PLBEGJB itu melibatkan landasan sepanjang 192 kilometer dan melalui 11 stesen termasuk Segamat, Kluang, Labis, Bekok, Paloh, Renggam, Layang-Layang, Mengkibol, Kulai dan Kempas Baru. – BERNAMA

Tags: johor bahrulandasan berkembarPLBEGJB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hutan Bandar JB ‘Naik Taraf’ Wajah Baharu

Hutan Bandar JB ‘Naik Taraf’ Wajah Baharu

19/03/2026
0

Oleh Mynewshub JOHOR BAHRU – Hutan Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) kini tampil dengan wajah baharu yang lebih segar,...

Banjir Di Johor Bahru Pulih

Banjir Di Johor Bahru Pulih

06/01/2024
0

JOHOR BAHRU : Banjir di Johor Bahru pulih sepenuhnya selepas pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini yang menempatkan 43...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd