• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Durian ‘Mahal Teruk’?

oleh
15/06/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Musim durian datang lagi namun bagi ‘hantu durian’ perbezaan situasi musim kali ini pasti agak dirasai berbanding tahun-tahun sudah.

Hilang sudah kemeriahan berkumpul di dusun mahupun makan beramai-ramai di gerai durian lantaran perlunya mematuhi normal baharu yang mengutamakan jarakan sosial termasuk hanya boleh beli tapau untuk dinikmati di rumah.

Bagi kebanyakan penggemar durian, mereka tidak mempunyai masalah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) normal baharu itu namun yang menjadi pertikaian dan dikongsikan di alam siber ialah harga raja buah tersebut yang pada mereka ‘mahal teruk’ (terlampau mahal) berbanding kebiasaan.

Pengguna Twitter @fiqkgetah atau nama sebenar Muhammad Afiq Nor Hassim, 33, berkata, rata-rata penjual durian memberi alasan kenaikan harga disebabkan impak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, ini termasuklah permintaan tinggi namun bekalan terhad disebabkan pergerakan yang terbatas, menyebabkan sesetengah peniaga terpaksa mengambil buah daripada orang tengah.

“Hendak dapatkan stok durian masih OK lagi tetapi bab harga…mahal teruk, harga tidak masuk akal.

“Paling ketara ialah durian kampung,” katanya kepada Bernama.

Luahan sama turut dikongsi oleh pengguna Twitter @pjoe: “Harga durian tahun ini kenapa macam berbeza, lagi mahal dan beza banyak pula berbanding tahun lepas.”

Katanya, ada peniaga yang menjual durian kampung sehingga RM18 sekilogram.

@AzmiraAzmi pula berkata, ketika dia mempertikaikan kenaikan harga tersebut, peniaga durian berkenaan menjawab: “Harga yang murah itu harga bertahun yang lepas.”

Dalam pada itu, masih ada yang bersikap positif seperti @thezulfo yang berkata, harga durian mencanak naik ekoran permintaan tinggi, lebih-lebih lagi musim baharu sahaja bermula.

“Tunggulah lama sikit, nanti mesti turun harga kerana bekalan pun sudah banyak,” katanya.

Tags: DURIAN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

12/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Selepas lebih seminggu episod menuding jari, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mendakwa...

Ratusan Durian Muda Gugur, Rosak Angkara Kera

05/06/2022
0

LIPIS: Beberapa pekebun kawasan projek tanaman berkelompok kerugian apabila ratusan buah durian muda dan hampir masak musnah angkara kawanan kera...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd