• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gaji RM2,700 Tak Jadikan Syarikat Bankrap

oleh
30/06/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KONGRES Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mencabar Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) membuktikan dakwaannya mengatakan banyak perniagaan akan gulung tikar jika gaji bulanan wajar di bandar besar ditetapkan pada RM2,700 seperti dicadangkan.

Dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini, Setiausaha Agung MTUC, J Solomon berkata, cadangan itu berdasarkan kepada laporan tahunan Bank Negara Malaysia (BNM) 2017 yang menyatakan pekerja bergaji rendah sukar menjalani kehidupan minimum.

“Oleh itu, amat sukar untuk menerima dakwaan bahawa selepas 60 tahun kemerdekaan dan bertahun-tahun menikmati hasil pertumbuhan ekonomi yang mantap, majikan Malaysia masih mendakwa mereka akan jatuh bankrap jika membayar gaji yang mencerminkan keadaan sebenar kos sara hidup di kawasan bandar besar.

“MTUC mencabar MEF untuk membuktikan dakwaan tidak berasas ini dengan mengemukakan fakta dan angka atau sebaliknya mengakui bahawa ia tidak lebih daripada satu lagi dakwaan palsu bagi mengetepikan hak yang sepatutnya dinikmati pekerja bergaji rendah ini,” katanya.

MTUC menggesa supaya pekerja Malaysia dibayar gaji wajar ini bagi membantu kerajaan mencapai sasaran supaya rakyat tempatan mengambil alih tugas yang secara tradisinya dilakukan oleh pekerja asing.

Ini termasuk kerja dalam bidang pembinaan, pembuatan dan industri perkhidmatan di bandar besar yang mana gaji minimum RM1,200 sebulan adalah jauh daripada mencukupi atau setimpal.

Beliau berkata, majikan dan MEF amnya berkeras menafikan kenaikan gaji dan upah yang wajar sejak bertahun lamanya, demi melindungi keuntungan besar masing-masing.

“Pandemik Covid-19 turut dijadikan alasan oleh majikan untuk memberhentikan pekerja, memotong gaji secara sewenang-wenangnya atau memaksa mereka mengambil cuti tanpa gaji.

“MTUC juga mengesan tindakan majikan tertentu yang menjadikan Covid-19 sebagai alasan untuk menindas kesatuan dan memberhentikan pegawai kesatuan yang sebaliknya hanya bertindak mempertahankan hak ahli mereka.

“Mentaliti majikan yang lebih mementingkan diri sendiri ini semakin buruk saban tahun dan diperkukuhkan lagi oleh dasar kerajaan yang mesra perniagaan namun sebaliknya hanya menjejaskan pekerja,” katanya.

Oleh itu, katanya, jika kerajaan terus terpedaya dengan alasan remeh oleh majikan tidak bertanggungjawab yang menafikan hak pekerja mendapat gaji sewajarnya, kerajaan seharusnya memperkenalkan dasar sosial yang efektif bagi membantu kumpulan pekerja ini.

Sehubungan ini, Majlis Perlindungan Sosial (MySPC) perlu merangka mekanisme yang sewajarnya bagi mengemukakan ‘tambahan’ sara hidup bulanan sebagai jaringan keselamatan sosial untuk membolehkan pekerja di bandar besar mendapat gaji bulanan sebanyak RM2,700.

Kos skim ini perlu dikongsi bersama kerajaan dan majikan, terutamanya pihak berkepentingan utama ekonomi yang mendapat insentif dalam bentuk potongan cukai.

“Kami menggesa MySPC untuk menerajui usaha ini atau terus melihat majoriti pekerja Malaysia kekal dihimpit kesukaran serta dibebani dengan hutang isi rumah. Malah, harapan kerajaan untuk menarik mereka mengambil alih kerja yang ditinggalkan oleh warga asing juga akan buntu,” katanya. – BERNAMA

Tags: EkonomiGajimajikanMEFMTUC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tinjauan Ekonomi Malaysia Untuk 2025 Dan Jangkaan Masa Depan

Tinjauan Ekonomi Malaysia Untuk 2025 Dan Jangkaan Masa Depan

27/03/2025
0

Meta Deskripsi: Terokai tinjauan ekonomi Malaysia untuk 2025. Ketahui pemacu utama pertumbuhan, risiko yang berpotensi, dan perubahan dasar yang boleh...

PM Kerja Tanpa Gaji, Gaji Menteri Kekal Potong 20 Peratus – Kor Ming

PM Kerja Tanpa Gaji, Gaji Menteri Kekal Potong 20 Peratus – Kor Ming

16/08/2024
0

SHAH ALAM - Ketika penjawat awam menikmati kenaikan gaji menjelang Disember ini, Perdana Menteri, Datuk Sri Anwar Ibrahim masih berkhidmat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd