• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Boleh Bawa Anak Jalan Tapi Patuhi Penjagaan Kesihatan

oleh
17/06/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tiada larangan untuk membawa kanak-kanak ke tempat awam termasuk pusat beli-belah dan restoran, namun perlu mematuhi penjagaan kesihatan sewaktu negara sedang berdepan pandemik COVID-19.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tiada peruntukan atau hukuman dikenakan ke atas ibu bapa yang membawa kanak-kanak ke kawasan awam berkenaan, kerana ia tidak diwartakan.

“Tidak ada tegahan untuk tidak benarkan kanak-kanak pergi membeli mainan, beli-belah, dan sebagainya bersama ibu bapa mereka.

“Cuma sering kali saya nasihatkan, kalau boleh jangan bawa kanak-kanak kerana mereka golongan berisiko tinggi, dan ibu-bapa kena jaga kepentingan anak mereka walaupun dipakaikan pelitup separuh muka.

“Tidak ada hukuman kerana tidak diwartakan yang kanak-kanak tidak boleh dibawa ke restoran dan pusat beli-belah. Tapi kerana anak-anak berisiko tinggi dengan jangkitan COVID-19,  kita galakkan tidak bawa anak bersama-sama,” katanya pada sidang media harian perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini, hari ini.

Tegasnya, kerajaan juga tidak menetapkan halangan untuk kanak-kanak beriadah di taman permainan dan pusat beriadah, namun perlu mematuhi jarakkan sosial selain tidak berhimpit-himpit.

Ditanya sama ada panggung wayang sudah dibenarkan beroperasi, beliau berkata, perkara itu belum diputuskan oleh Mesyuarat Khas Menteri-Menteri mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam pada itu Ismail berkata, peniaga dan penjaja pasar malam perlu berbincang dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), untuk penjelasan lanjut berkaitan SOP pengoperasian sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Jika ada perkara yang menyusahkan mereka, persatuan diminta untuk berjumpa kembali dengan DBKL bagi membincangkan perkara-perkara yang mereka tidak setuju.

“DBKL boleh bawa perkara ini kepada mesyuarat khas menteri-menteri. Sekiranya boleh dipinda berdasarkan kehendak mereka, Insyaallah kerajaan pinda,” katanya.

Beliau berkata, demikian bagi mengulas mengenai nasib kira-kira 500 penjaja dan peniaga Pasar Malam Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR) yang dilapor memilih untuk menangguhkan dahulu pembukaan semula perniagaan mereka susulan SOP yang disifatkan terlalu ketat, termasuk jarakkan sosial dan kawasan perniagaan.

Sementara itu Ismail Sabri berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat sebanyak 69,370 pemeriksaan di seluruh negara bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPP, dengan melibatkan seramai 16,712 anggota semalam.

Pada masa sama beliau berkata, PDRM telah menahan 61 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP. 

“Daripada jumlah ini, 9 individu telah direman dan 52 individu telah dikenakan kompaun. Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk aktiviti di pub dan kelab malam (44 individu), aktiviti refleksologi atau urut (4) dan aktiviti yang menyukarkan jarakan sosial,” tambahnya.

Tags: anakkanak-kanakpandemik COVID-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd