• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beku Lesen Penjualan Arak – PSAP

oleh Mohd Arshad
03/06/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KERAJAAN, PBT DISARAN BEKU LESEN PENJUALAN ARAK, WUJUD SOP KHAS DAN PERKETAT HUKUMAN MEMANDU MABUK

PERTUBUHAN Suara Anak Pahang (PSAP) menyokong usaha dilakukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membekukan semua permohonan baharu lesen minuman keras di ibu negara berkuat kuasa serta-merta.

Keputusan itu dibuat selepas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menciap di Twitter dengan memberi bayangan akan membekukan semua aktiviti pengeluaran dan penjualan arak berikutan kekerapan kemalangan jalan raya membabitkan pemandu mabuk termasuk menyebabkan mangsa maut.

Annuar berkata, tindakan pembekuan wajar diambil selagi tiada garis panduan dan semakan perundangan dibuat dalam isu terbabit.

Membenarkan aktiviti meminum arak tanpa kawalan yang ketat akan menyebabkan kerosakan dalam kehidupan manusia, itulah yang berlaku ketika ini apabila banyak insan tidak berdosa menjadi mangsa akibat dilanggar oleh pemandu mabuk.

Sehubungan itu, sudah sampai masanya kerajaan mewujudkan garis panduan atau prosedur operasi standard (SOP) baharu yang lebih ketat dan terkawal berhubung aktiviti penjualan arak.

Memang tiada halangan untuk orang bukan Islam minum arak di negara ini tetapi perlu kawalan ketat dan garis panduan khusus bagi memastikan mereka tidak memandu ketika mabuk.

Tempat minum arak mestilah terhad dalam kediaman sahaja dan tidak boleh dalam tempoh kemabukan itu berada di luar kediaman kerana membahayakan orang ramai di sekeliling.

Selain SOP khusus yang lebih ketat dan terkawal, kerajaan juga perlu segera meminda undang-undang sedia ada di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang mana ia sedikitpun tidak menggerunkan pemandu mabuk.

Ketika ini, Seksyen 44(1) A Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang daripada 3 tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun dan didenda tidak kurang daripada RM8,000 dan tidak lebih dari RM20,000 bagi kesalahan pemanduan mabuk.

PSAP berpandangan, individu yang memandu secara mabuk dan menyebabkan kematian perlu didakwa di bawah kesalahan jenayah membunuh.

Kenapa mereka masih lagi mahu memandu kenderaan walaupun tahu mereka mabuk dan berada di bawah pengaruh alkohol?

Sudah sampai masanya penyelesaian yang lebih komprehensif dilaksanakan bagi memastikan tiada lagi insan tidak berdosa menjadi mangsa.

Tanpa tindakan segera dan serius, masalah yang membabitkan arak yang membawa kesan mabuk dan hilang kewarasan akan terus berulang.

Mencegah lebih baik dari mengubati. Inilah kaedah yang penting untuk diberikan penekanan serius dalam isu pemandu mabuk ini.

Kapten (K) Haslihelmy DM Zulhasli
Presiden Pertubuhan Suara Anak Pahang

Tags: arakpemandu mabuk
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Doktor Malar Cadang Malaysia Laksana Polisi 0.0% Alkohol, Larang Jualan Arak Di Kedai Runcit

Doktor Malar Cadang Malaysia Laksana Polisi 0.0% Alkohol, Larang Jualan Arak Di Kedai Runcit

30/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pempengaruh kesihatan terkenal, Dr. Malar Santhi (Celoteh Dr Malar) tampil menyuarakan pandangan agar Malaysia memperketatkan...

MCA Minta Tidak Dijadikan Isu Perkauman, Sesiapa Sahaja Boleh Jadi Mangsa Pemandu Mabuk

MCA Minta Tidak Dijadikan Isu Perkauman, Sesiapa Sahaja Boleh Jadi Mangsa Pemandu Mabuk

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd