Thursday, November 30, 2023

Creating liberating content

Anina Pecah Rekod Dunia...

PECAH REKOD?... Ini silap-silap bukan sahaja boleh masuk The Malaysia Book Of Records...

Murah Berlambak, Tong Sampah...

SINGAPURA – Meskipun di Singapura tiada pokok durian kerana kesemua buahnya terpaksa diimport...

Peletakan Jawatan Syed Zaid,...

KUALA LUMPUR : DAP meminta penjelasan Perdana Menteri dan Peguam Negara mengenai peletakan...

“Pakaian Terhodoh” Selebriti Di...

LUMRAH bagi setiap acara gala yang besar dan gah, ada sahaja selebriti yang...

Bacelor Perakaunan UPM Dapat Pengiktirafan ACCA

LONDON, 3 Jun – The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) UK telah menyambung pengecualian akreditasi bagi Program Bacelor Perakaunan Universiti Putra Malaysia (UPM) selama lima tahun lagi bermula 1 Januari 2021 hingga 2025.

Pengiktirafan ini bermakna graduan Bacelor Perakaunan UPM hanya perlu menduduki peperiksaan untuk empat daripada 13 kertas ACCA yang ditawarkan bermula daripada tahun tiga pengajian atau selepas menamatkan Program Bacelor Perakaunan di UPM untuk menjadi ACCA Affiliated Member.

Dekan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE) UPM, Prof. Dr. Azali Mohamed berkata pengecualian akreditasi ini merupakan tempoh maksima yang telah diterima daripada ACCA UK sejak daripada kohort graduan Bacelor Perakaunan tahun 2005 lagi.

“Saya yakin dengan pencapaian ini, program Bacelor Perakaunan kami akan terus melahirkan graduan dan pakar dalam bidang perakaunan terutama dalam mendepani pasca Covid 19 ini nanti,” katanya.


SPE yang dahulunya dikenali sebagai Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) menawarkan tiga program ijazah bacelor iaitu Bacelor Perakaunan, Bacelor Ekonomi dan Bacelor Pentadbiran Perniagaan. Program yang ditawarkan terdiri sama ada program sepenuh masa dan juga program eksekutif.

SPE juga terus mengukir kecemerlangan dengan pengekalan akreditasi bertaraf antarabangsa iaitu The Association to Advance Collegiate Schools of Business (AACSB) sejak tahun 2012 bagi tiga program akademik prasiswazah serta pasca siswazah.

Program pasca siswazah SPE kini terdiri daripada 4 program Master Secara Kerja Kursus iaitu Master Kewangan, Master Ekonomi, Master Keusahawanan dan Master Pentadbiran Perniagaan (bermula Oktober 2020) serta Master Sains dan Doktor Falsafah yang merangkumi 11 bidang kepakaran.

  • Lagi berita berkaitan:
  • ACCA

Kategori