• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bacelor Perakaunan UPM Dapat Pengiktirafan ACCA

oleh Mohd Arshad
04/06/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON, 3 Jun – The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) UK telah menyambung pengecualian akreditasi bagi Program Bacelor Perakaunan Universiti Putra Malaysia (UPM) selama lima tahun lagi bermula 1 Januari 2021 hingga 2025.

Pengiktirafan ini bermakna graduan Bacelor Perakaunan UPM hanya perlu menduduki peperiksaan untuk empat daripada 13 kertas ACCA yang ditawarkan bermula daripada tahun tiga pengajian atau selepas menamatkan Program Bacelor Perakaunan di UPM untuk menjadi ACCA Affiliated Member.

Dekan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE) UPM, Prof. Dr. Azali Mohamed berkata pengecualian akreditasi ini merupakan tempoh maksima yang telah diterima daripada ACCA UK sejak daripada kohort graduan Bacelor Perakaunan tahun 2005 lagi.

“Saya yakin dengan pencapaian ini, program Bacelor Perakaunan kami akan terus melahirkan graduan dan pakar dalam bidang perakaunan terutama dalam mendepani pasca Covid 19 ini nanti,” katanya.

SPE yang dahulunya dikenali sebagai Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) menawarkan tiga program ijazah bacelor iaitu Bacelor Perakaunan, Bacelor Ekonomi dan Bacelor Pentadbiran Perniagaan. Program yang ditawarkan terdiri sama ada program sepenuh masa dan juga program eksekutif.

SPE juga terus mengukir kecemerlangan dengan pengekalan akreditasi bertaraf antarabangsa iaitu The Association to Advance Collegiate Schools of Business (AACSB) sejak tahun 2012 bagi tiga program akademik prasiswazah serta pasca siswazah.

Program pasca siswazah SPE kini terdiri daripada 4 program Master Secara Kerja Kursus iaitu Master Kewangan, Master Ekonomi, Master Keusahawanan dan Master Pentadbiran Perniagaan (bermula Oktober 2020) serta Master Sains dan Doktor Falsafah yang merangkumi 11 bidang kepakaran.

Tags: ACCA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kejayaan Pelajar Malaysia Dapat Perhatian Agong

19/04/2021
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada dua pelajar muda Malaysia...

2 Pelajar Perakaunan UiTM Antara 10 Terbaik Dunia

05/02/2021
0

SHAH ALAM - Dua pelajar Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi MARA (UiTM) melakar kecemerlangan apabila tersenarai antara 10 terbaik dunia dalam peperiksaan The Association of Chartered Certified...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd