• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ASEAN Perlu Kongsi Sama Rata Vaksin COVID-19 – Muhyiddin

oleh
27/06/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – ASEAN perlu memastikan vaksin COVID-19, apabila sudah ada kelak, adalah pada harga berpatutan, boleh diakses dan dikongsi sama rata untuk semua, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata ASEAN bertanggungjawab melindungi populasinya daripada ancaman COVID-19 yang boleh membawa maut, dan vaksin amat diperlukan.

“Walaupun kemajuan dalam pembangunan dan penghasilan vaksin dan ubat antiviral amat menggalakkan, kita perlu memastikan apabila tiba masanya kelak, vaksin itu perlu pada harga berpatutan, boleh diakses dan dikongsi sama rata untuk semua,” katanya pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-36, yang berlangsung secara maya dan dihoskan Vietnam.

Muhyiddin menyertai sidang kemuncak secara maya itu dari Putrajaya.

Beliau berkata sehingga semalam, lebih 138,000 kes COVID-19 dilaporkan di ASEAN dengan mencatatkan lebih 4,000 kematian.

Perdana menteri berkata Malaysia menghargai inisiatif diambil Vietnam, selaku pengerusi ASEAN, mengadakan Sidang Kemuncak hari ini melalui persidangan video disebabkan pandemik COVID-19.

“Ini merupakan saat bersejarah bagi kami negara anggota ASEAN. Perbincangan kami hari ini membuktikan iltizam kami untuk memastikan ASEAN terus berusaha membina komuniti yang bersatu dan responsif, selaras dengan tema kepengerusian Vietnam,” katanya.

Malaysia yakin di bawah kepemimpinan Vietnam yang berwibawa, ASEAN akan dapat mencapai hasil signifikan pada tahun ini, walaupun berdepan dengan keadaan tidak pernah berlaku sebelum ini yang menyelubungi COVID-19, katanya.

Muhyiddin berkata sejak penubuhannya lebih setengah abad lepas, ASEAN telah berusaha memastikan rantau ini terus berkembang maju, makmur dan menjalin hubungan dan kerjasama dengan dunia.

“Lebih-lebih lagi pada masa sekarang, kita perlu menunjukkan pada dunia yang dipenuhi kebencian dan pengasingan, penuh dengan tangisan dan penderitaan, bahawa Cara ASEAN – yang melangkaui lebih daripada pemimpin-pemimpin berpegang tangan dalam foto – adalah berhasil,” katanya.

“Saya beri jaminan, komitmen Malaysia untuk memperjuangkan kepentingan bersama kita menerusi Komuniti ASEAN yang berorientasikan rakyat dan berpaksikan rakyat akan menjadi keutamaan kami dalam menentukan masa depan bersama yang kita boleh banggakan,” kata Muhyiddin.

Diasaskan pada 1967, ASEAN dianggotai 10 negara – Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, dan Vietnam. – BERNAMA

Tags: ASEANCovid-19Vaksin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Stimulus Packages Have Softened COVID-19 Impact On Economy

Next Post

Pengeluaran Penuh KWSP Kekal Pada Umur 55 Tahun

Related Posts

Langkah Mudahkan Keanggotaan Timor-Leste Ke Dalam Instrumen Undang-Undang ASEAN Diterima

Langkah Mudahkan Keanggotaan Timor-Leste Ke Dalam Instrumen Undang-Undang ASEAN Diterima

25/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Menteri Luar ASEAN (AMM) sepakat menerima garis panduan bagi memudahkan penyertaan Timor-Leste ke dalam Instrumen Undang-Undang blok...

ASEAN Boleh Jana Potensi Ekonomi AS$$2.3 Trilion Dengan Manfaatkan Bakat Wanita – Tengku Zafrul

ASEAN Boleh Jana Potensi Ekonomi AS$$2.3 Trilion Dengan Manfaatkan Bakat Wanita – Tengku Zafrul

24/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Langkah memanfaatkan bakat daripada 334 juta wanita di seluruh ASEAN menerusi pendidikan, akses kepada peluang dan dasar yang...

Next Post

Pengeluaran Penuh KWSP Kekal Pada Umur 55 Tahun

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd