• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

18 Anggota Keselamatan Terlibat Sindiket Jenayah Ditahan

oleh
18/06/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Demi bayaran RM500 hingga RM1,000 sebulan, sekumpulan pegawai dan anggota pasukan keselamatan dipercayai sanggup menjual maklumat kepada sindiket penyeludupan pendatang asing dan dadah di Johor.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata 18 pegawai serta anggota, polis dan tentera ditahan kerana disyaki terlibat dengan kegiatan itu, dalam operasi sejak tiga hari lepas.

Beliau berkata mereka terdiri daripada lima pegawai dan anggota ATM berlainan pangkat, seorang pegawai polis berpangkat ASP yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri ini, 12 anggota berpangkat rendah iaitu sembilan daripadanya bertugas di IPD Kota Tinggi, dua di Bukit Aman dan seorang Polis Marin Wilayah Dua.

“Kesemuanya lelaki, berusia di antara 24-41 tahun, ditahan oleh petugas Jabatan Siasatan Jenayah Johor (JSJ),” kata beliau kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, hari ini.

Menurutnya perkara ini terbongkar susulan penahanan 40 ahli kumpulan sindiket jenayah terancang yang terlibat kegiatan penyeludupan pendatang asing di negeri ini pada 4 Jun lepas, dan mereka dipercayai terlibat dengan kegiatan penyeludupan migran serta dadah di kawasan Pantai Timur Johor semenjak tiga tahun lepas.

Ayob Khan berkata hasil siasatan mendapati kesemua suspek disyaki berperanan dalam menyalurkan maklumat operasi, bersekongkol dan menyembunyikan maklumat bagi memudahkan urusan penyeludupan.

“Ini sindiket jenayah terancang kerana melibatkan pelbagai pihak, kita tidak akan bertolak ansur kerana didapati sudah tiga tahun beroperasi, ia beri impak dan kesan kepada operasi-operasi yang kita jalankan. Ia tidak boleh dibiarkan, tidak kira pangkat kita akan tangkap,” katanya.

“Tunggu dan lihat hasil siasatan kita nanti. Malah ada satu insiden, anggota dan pegawai yang dapat berurusan dengan tekong untuk menyeludup migran dan syabu dengan satu transaksi sahaja, nereka dapat sehingga RM10,000,” tambahnya.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 130V sehingga Seksyen 130ZB BAB VIB Jenayah Terancang, Kanun Keseksaan dengan mengguna pakai prosedur siasatan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan Langkah-Langkah Khas 2012 SOSMA.

Tags: pasukan keselamatanpendatang asingpenyeludupan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nafi Terbabit Kegiatan Seludup Keluar Nur Sajat

22/09/2021
0

KANGAR - Seorang lelaki tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar hari ini bagi menafikan dakwaan dia terbabit dengan...

Kenyataan Mohamaddin Singgung Keluarga ATM, PDRM

22/09/2020
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan calon Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Mohamaddin Ketapi bahawa insiden pencerobohan di Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada tahun 2013 satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd