• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tuduhan Terhadap Adham Baba Berniat Jahat, Tak Benar

oleh
12/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tuduhan terhadap Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba mempunyai kaitan dengan syarikat Khazanah Jaya Sdn Bhd. adalah berniat jahat, tidak benar dan bersifat pembunuhan karater.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Menteri kesihatan, Adham tidak pernah mempunyai sebarang kepentingan perniagaan dalam KJSB atau para pemegang saham syarikat terbabit.

“Perlu ditegaskan, menteri tidak pernah memberi sebarang arahan kepada pegawai KKM agar meluluskan pemberian kontrak kepada KJSB atau mana-mana syarikat.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Semua urusan pembelian dan pemerolehan KKM sepanjang perang menentang Covid-19 ini dilakukan mengikut prosedur dan tatacara kewangan yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian dan para pegawai yang bertanggungjawab,” kata kenyataan tersebut.

Baru-baru ini, Pusat Untuk Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) mendakwa KJSB mendapat kontrak secara perolehan darurat bagi pelaksanaan Lab Mitigation Solution For Covid-19.

Menurut pejabat menteri itu, NGO tersebut membuat provokasi umum mengenai kemungkinan Adham mempunyai kepentingan perniagaan dalam KJSB berdasarkan kedudukan Iskandar Mirza Ahmad yang pernah menjadi pengarah syarikat South Asia Noble Sdn Bhd (SANSB). SANSB mempunyai kaitan dengan pemilik KJSB.

“Dakwaan ini jelas berniat jahat dan mendorong serta mencipta sangkaan buruk rakyat terhadap menteri kerana Iskandar Miza telah lama meninggalkan SANSB.

“Menggunakan fakta Iskandar Mirza sebagai bekas pekerja (Pengarah SANSB) bagi mengaitkan menteri dengan tuduhan penyalahgunaan kuasa berkaitan syarikat lain sangat tidak masuk akal,” katanya.

Menjelaskan hal itu, pejabat menteri kesihatan memberitahu Iskandar Mirza menyertai SANSB pada 18 Julai 2007 hingga 30 Januari 2015, manakala Tan Boon Keong dan Tan Jiat Jui menyertai SANSB hanya dari 30 Januari 2015.

Sungguhpun begitu, katanya, Adham mengalu-alukan siasatan SPRM yang sedang berjalan dan bersedia memberi kerjasama sepenuhnya.

“Penting untuk sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat penyelewengan berkaitan pembelian oleh KKM menyerahkan bukti dan dokumen kepada SPRM, bukannya melempar tuduhan rambang sehingga menimbulkan fitnah dan gosip tidak benar,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Dr Adham BabaKJSBKKMSANSBSPRM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hina TMJ: Polis Mohon Reman Patrick Teoh Dilanjut

Next Post

Peluk Cium Dari Kejauhan Untuk Ayah Dan Ibu Tercinta

Related Posts

Siasatan ‘Ganjaran’ Sapura: SPRM Siasat Tan Sri, Beku 83 Akaun Babitkan Lebih RM158.26 Juta

Siasatan ‘Ganjaran’ Sapura: SPRM Siasat Tan Sri, Beku 83 Akaun Babitkan Lebih RM158.26 Juta

08/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang tokoh perniagaan bergelar Tan Sri disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes pengubahan wang haram yang...

3 Pegawai Menteri Kanan Ditahan SPRM?

3 Pegawai Menteri Kanan Ditahan SPRM?

07/05/2025
0

KUALA LUMPUR – Tiga pegawai kepada seorang menteri kanan dipercayai telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini,...

Next Post

Peluk Cium Dari Kejauhan Untuk Ayah Dan Ibu Tercinta

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd