• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Pertemuan Sulit MB Selangor, Azmin Dan Hamzah

oleh
29/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Tiada pertemuan sulit di antara Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dengan Menteri Kanan (Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin semalam.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Borhan Aman Shah, berkata sebaliknya pertemuan yang berlangsung di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor pada tengah hari semalam ialah mesyuarat antara Amirudin dengan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkaitan usaha menangani penularan wabak COVID-19 di negeri ini.

“Perbincangan mesyuarat itu turut menyentuh kerjasama kerajaan negeri Selangor dan Kementerian Kesihatan dalam penyesuaian kebiasaan baharu pasca Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Mesyuarat itu juga dihadiri exco kesihatan negeri, Dr Siti Mariah Mahmud, kakitangan kementerian dan Jabatan Kesihatan Selangor. Kami menafikan dakwaan terdapat pertemuan sulit berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Semalam, satu portal berita mendakwa terdapat pertemuan sulit antara Amirudin, Mohamed Azmin dan Hamzah di kediaman rasmi menteri besar itu, susulan tularnya gambar menu makanan untuk disajikan kepada 20 tetamu, termasuk ada yang bertaraf ‘VVIP’.

Portal itu juga mendakwa kedudukan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) di Selangor goyah apabila ada dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada PKR yang dikatakan menyokong Mohamed Azmin ketika beliau menjadi Timbalan Presiden PKR bakal beralih sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun, laman media sosial Mohamed Azmin turut ‘menepis’ dakwaan portal berita itu apabila terdapat beberapa gambar menunjukkan beliau berada di Kedah semalam, bagi melakukan kunjungan hormat ke atas menteri besar negeri itu.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor mempunyai 56 kerusi iaitu PKR (19), DAP (16), Parti Amanah Negara (8), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (5), Barisan Nasional (5), PAS (1) serta Bebas (2).

Tags: Amirudin ShariHamzah Zainuddinkerajaan negeri selangorMohamed Azmin Ali
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hamzah Zainudin Dipecat Serta-Merta Dari BERSATU 

Hamzah Zainudin Dipecat Serta-Merta Dari BERSATU 

13/02/2026
0

Hamzah Zainudin Dipecat Serta-Merta Dari BERSATU 

Menang Kemaman Petanda Jelas PN Wadah Utama Politik Orang Melayu – Hamzah

Menang Kemaman Petanda Jelas PN Wadah Utama Politik Orang Melayu – Hamzah

03/12/2023
0

PETALING JAYA : Kemenangan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, semalam membuktikan sokongan padu pengundi Melayu sekali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd