• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada ‘Orang’ KKM Ditahan Lagi

oleh
05/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menjalankan siasatan terhadap beberapa kontrak yang didakwa diberi secara rundingan terus oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mendapatkan peralatan yang digunakan dalam menangani wabak Covid-19.

Sumber SPRM berkata, kes berkenaan membabitkan proses pelantikan kontraktor untuk setiap pembelian prosedur pemerolehan kecemasan bagi menangani wabak Covid-19.

“Kes berkenaan sedang kami siasat dan berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi kes ini kerana ia akan mengganggu siasatan.

“Selain itu, SPRM ingin menafikan mesej tular di laman sosial mengatakan beberapa pegawai ditahan dalam serbuan di KKM semalam,” katanya ringkas kepada Bernama, hari ini.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Semalam dilaporkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, KKM akan sentiasa memberi kerjasama kepada SPRM termasuk dalam memastikan warga kementerian itu sentiasa menitikberatkan nilai integriti sepenuhnya.

Dalam perkembangan sama, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, berita penahanan beberapa pegawai dalam serbuan di KKM itu adalah palsu.

“Saya ingin menafikan kesemua tangkapan berkenaan,” katanya.

Semalam tular satu mesej yang menyebut tentang penahanan lima individu yang terdiri daripada pegawai kanan, setiausaha kerja, kontraktor dan ketua parti politik bagi membantu siasatan ke atas pembelian khas sistem ujian dan peralatan perubatan bernilai sekitar RM30 juta bagi menangani wabak Covid-19.

Tags: Covid-19KKMSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azam Baki Seru Anggota SPRM  Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

Azam Baki Seru Anggota SPRM Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengingatkan warga SPRM mesti terus menjunjung...

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan kebimbangan program yang mahu diperkenalkan Kementerian Kesihatan (KKM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd