• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Langgar Koperal Safwan Direman

oleh
04/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEMANDU Toyota Hilux yang memandu dalam keadaan mabuk hingga merempuh anggota polis di sekatan jalan raya Op Covid-19 berhampiran Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) direman selama empat hari bermula semalam.

Dalam kejadian 2 pagi semalam, mangsa, Koperal Safwan Muhammad Ismail, 31, meninggal dunia di lokasi akibat parah di kepala dan badan selepas dihempap kenderaan pacuan empat roda berkenaan dipandu suspek yang disyaki di bawah pengaruh alkohol.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, suspek berusia 44 tahun itu direman selama empat hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Buat masa ini, siasatan akan dilakukan bahagian trafik terlebih dahulu mengikut seksyen berkenaan.

“Pada masa sama, kami juga membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana dengan cuai menyebabkan kematian dalam kes terbabit,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Fadzil berkata, suspek juga akan disiasat mengikut Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan.

“Siasatan bagi kes ini akan dijalankan serentak oleh pihak trafik dan Jabatan Siasatan Jenayah.

“Setakat ini, reman empat hari berkenaan membabitkan bahagian trafik dan kami akan memohon untuk menyambung reman sebaik tempoh berkenaan tamat sekiranya perlu.

“Dari segi keadaan suspek, saya dimaklumkan sehingga semalam (kelmarin), dia masih menerima rawatan di Hospital Kajang atas kecederaan dialaminya dalam kejadian itu,” katanya. – myMetro Online

Tags: anggota polislanggarpemandu mabuk
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Doktor Malar Cadang Malaysia Laksana Polisi 0.0% Alkohol, Larang Jualan Arak Di Kedai Runcit

Doktor Malar Cadang Malaysia Laksana Polisi 0.0% Alkohol, Larang Jualan Arak Di Kedai Runcit

30/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pempengaruh kesihatan terkenal, Dr. Malar Santhi (Celoteh Dr Malar) tampil menyuarakan pandangan agar Malaysia memperketatkan...

MCA Minta Tidak Dijadikan Isu Perkauman, Sesiapa Sahaja Boleh Jadi Mangsa Pemandu Mabuk

MCA Minta Tidak Dijadikan Isu Perkauman, Sesiapa Sahaja Boleh Jadi Mangsa Pemandu Mabuk

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd