• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami, Isteri Sarat Mengandung Maut Dirempuh

oleh
14/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH – Seorang wanita sarat mengandung tujuh bulan dan suaminya maut apabila motosikal Yamaha dinaiki pasangan itu dirempuh sebuah kereta Perodua Myvi di Jalan Bukit Merchat, Pulau Sebang, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 7.40 pagi, mangsa Mohd Hairawi Mat Rezam, 36 yang bekerja sebagai tukang masak membonceng isterinya, Nur Ain Kamarulzaman, 25 untuk ke Hospital Melaka kerana mempunyai temu janji dengan pakar orthopedic.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta terbabit yang dipandu, Goh Wang Ann, 34, hilang kawalan setiba di lokasi kejadian dan berpusing sebelum masuk ke laluan bertentangan.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Menurutnya, dalam masa sama motosikal mangsa melalui jalan itu gagal mengelak dan berlaku pelanggaran.

“Impak kejadian itu, suami mangsa Mohd Hairawi mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala mangsa disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tampin selain kandungannya juga gagal diselamatkan.

“Siasatan di lokasi kejadian, terdapat kesan serpihan dan tumpahan minyak di tempat tersebut, selain cuaca baik, dan kemalangan berlaku disebabkan kecuaian pemandu yang gagal mengawal kenderaan,” katanya.

Tambahnya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tampin untuk proses bedah siasatan dan siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – Sinar Harian

Tags: dirempuhkemalangan mautPerodua Myvi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd