• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Solat Sunat Aidilfitri Di Parkir Ikea

oleh
27/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

FRANKFURT- Sebuah masjid di Wetzlar dekat sini, tampil dengan idea menjadikan tempat letak kenderaan gedung perabot Ikea sebagai lokasi bagi menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Pemilihan tapak itu bagi membolehkan jemaah bersolat mengikut penjarakan sosial bagi mengekang penularan Covid-19.

BBC News melaporkan sekitar 800 umat Islam bersolat di tapak terbuka itu pada Ahad lalu, sebagai meraikan Syawal selepas berakhirnya Ramadan.

“Solat ini secara berjemaah membabitkan Muslim di Wetzlar (barat Jerman) ibarat ganjaran buat kami,” kata pengerusi masjid, Kadir Terzi.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Pemerintah Jerman membenarkan masjid dan rumah ibadat dibuka namun, perlu mematuhi peraturan ditetapkan dalam mengekang penyebaran wabak koronavirus.

Menurut Kadir, pihaknya menghubungi Ikea minggu lalu dalam usaha mencari kemudahan alternatif lain bagi membolehkan solat dilaksana mengikut peraturan.

Ketika itu, dia juga tidak berharap menerima maklum balas positif daripada pengurusan gedung perabot berkenaan.

“Namun, pengurusnya langsung tidak keberatan memberi kebenaran dan beritahu ‘ya, awak boleh bersolat di situ’. Saya terkejut dan dalam masa sama sangat gembira,” katanya yang menguruskan perkara itu bersama jawatankuasa masjid.

Gambar jemaah bersolat di tempat letak kenderaan terbabit dikongsi di media sosial dan mendapat reaksi pelbagai masyarakat dunia. – Agensi

Tags: IKEAsolat sunat aidilfitri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peminat JDT Bakal Menikmati Bebola Daging IKEA Di Stadium

Peminat JDT Bakal Menikmati Bebola Daging IKEA Di Stadium

05/10/2023
0

ISKANDAR PUTERI – Kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) melebarkan empayarnya dengan menjalinkan kerjasama dengan IKEA Tebrau dan pusat beli-belah...

Harga Produk Ikea Meningkat 9 Peratus Tahun Ini

01/01/2022
0

AMSTERDAM – Syarikat gedung perabot terkemuka, Ikea, menaikkan harga jualan produknya sebanyak sembilan peratus bagi tahun ini yang melibatkan semua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd