• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKPB: “Ingat Kita Belum ‘Raya’ Lagi”

oleh
04/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS 47 hari rakyat Malaysia ‘terkurung’, hari ini hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan kerajaan bagi membendung penularan Covid-19, dilonggarkan kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Apa yang longgar? Antara lain, Jakel kini boleh beroperasi, begitu juga pusat membeli belah lain. Restoran ‘Mamak’ yang dirindui juga sudah boleh dikunjungi dan orang ramai boleh menjamu selera di kedai makan, manakala kenderaan persendirian kini boleh dinaiki empat orang.

Namun, perlu diingat PKP ini hanyalah dilonggarkan dan tarikh tamat sebenar perintah ini yang kini masuk fasa keempat adalah pada 12 Mei ini.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Malah, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang medianya semalam menegaskan persepsi yang menganggap kerajaan sudah tamatkan PKP dan hari ini kita ‘raya’ adalah salah.

Katanya, sekarang terserah kepada disiplin orang ramai dan kepatuhan mereka kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) perintah berkenaan bagi membantu melandaikan lekuk Covid-19 seterusnya menjadikan kes positif sifar.

Dalam keghairahan meraikan ‘kebebasan’ ini, perlu diingat juga kes positif baharu Covid-19, kembali mencecah angka tiga digit dua hari berturut sejak dua hari lalu selepas 16 hari kita berjaya merekodkan angka dua digit.

Semalam, sebanyak 122 kes positif Covid-19 direkodkan, meningkat dari hari sebelumnya sebanyak 105 kes.

Bagaimanapun, keputusan melonggarkan PKP kepada PKPB yang diumum Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Jumaat lalu, masih kekal dan hanya kawasan yang mencatatkan kenaikan mendadak kes Covid-19 akan ditutup selepas ini.

Bagi menyelia kepatuhan rakyat secara keseluruhan terhadap PKP, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang medianya semalam, mahu orang ramai memainkan peranan masing-masing dalam membuat laporan polis jika terdapat mana-mana pihak yang melanggar SOP PKPB.

Beliau turut menasihatkan orang ramai memuat turun aplikasi MyTrace dibangunkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang boleh digunakan bagi membantu kerajaan mengesan jejak mereka yang telah dijangkiti wabak Covid-19 berhampiran mereka dan kontak rapat mereka.

Ingatlah, kita masih belum menang dalam peperangan wabak ini. Jangan jadikan kegembiraan sementara kita dalam meraikan sedikit kebebasan ini satu kerugian kepada usaha kita ‘berkurung’ selama 47 hari sebelum ini.

Tags: Covid-19perintah kawalan pergerakan bersyarat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd