• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKPB: 29 Lelaki Berkumpul Dalam Pub Bawa Padah

oleh
27/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Tidak tahu pub masih tidak boleh beroperasi dan aktiviti berkumpul dalam premis hiburan itu tidak dibenarkan adalah alasan diberikan 29 individu yang ditahan dalam satu serbuan di sini, malam tadi. 

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP A. Asmadi Abdul Aziz berkata serbuan oleh anggota cawangan Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh itu dilakukan pada 9.30 malam di sebuah premis di Jalan Lau Ek Ching di sini.

Beliau berkata sebaik tiba di premis tersebut mendapati pintu terkunci daripada dalam dan anggota polis mengetuk beberapa kali sebelum seorang lelaki berumur 29 tahun membukanya serta mengaku sebagai penjaga premis itu.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Asmadi berkata pemeriksaan lanjut dalam premis mendapati terdapat 25 lelaki serta tiga wanita yang kesemuanya disyaki pelanggan berumur lingkungan 18 hingga 35 tahun sedang asyik menikmati minuman beralkohol. 

“Kesemua mereka memberi alasan tidak munasabah, datang untuk minum arak. Siasatan awal juga mendapati mereka menyatakan tidak tahu pub masih tidak boleh beroperasi dan tidak boleh berkumpul di dalamnya,” kata beliau ketika dihubungi di sini, hari ini. 

Sementara itu, gara-gara mahu menikmati minuman keras di sebuah pusat hiburan di Jalan Canning Estate di sini, empat lelaki ditahan polis malam tadi.

Asmadi berkata dalam serbuan oleh sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak pada 11.30 malam itu, seorang daripada empat individu yang ditahan adalah penyelia premis pusat hiburan berkenaan berusia 44 tahun. 

Beliau berkata semasa polis tiba, lelaki terbabit sedang membuka pintu premis dan mengaku sebagai penyelia serta penjaga pusat hiburan tersebut.

“Pemeriksaan lanjut menemukan tiga lelaki disyaki pelanggan berumur 29, 30 dan 51 tahun berada di tingkat satu pusat hiburan itu. Keempat-empat mereka memberi alasan tidak munasabah iaitu datang ke premis tersebut untuk menikmati minuman keras,” katanya. 

Asmadi berkata dalam serbuan itu polis turut merampas satu salinan lesen di bawah Enakmen Panggung-Panggung dan Tempat-Tempat Hiburan Awam serta satu salinan lesen premis perniagaan dan papan iklan yang masih sah tempoh.

Pihak polis akan mendapatkan perintah reman hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan serta Pelanggaran Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020, katanya.

Tags: perintah kawalan pergerakan bersyaratpremis hiburanpub
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Op Mega Pusat Hiburan: 22 Premis Hiburan Dikendali Warga Asing Diserbu, 288 Ditahan

Op Mega Pusat Hiburan: 22 Premis Hiburan Dikendali Warga Asing Diserbu, 288 Ditahan

10/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Sebanyak 22 pusat hiburan dipercayai dikendalikan warga asing di Selangor dan Kuala Lumpur diserbu dalam Op Mega Pusat...

Sarawak Akan Putuskan SOP Untuk Pub, Kelab Malam

15/05/2022
0

KUCHING - Sarawak akan memutuskan tidak lama lagi sama ada prosedur operasi standard (SOP) untuk pub dan kelab malam yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd