• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PetroSaudi International Diberi Gelaran Tersendiri

oleh
21/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur yang mendengar perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak membabitkan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), hari ini, diberitahu bahawa pengurusan 1MDB menggelar PetroSaudi International (PSI) sebagai ‘satu projek yang menyakitkan hati atau menjengkelkan.’

Perkara ini didedahkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, 50, semasa disoal balas peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengenai ‘Projek PITA’.

Saksi kesembilan pendakwaan itu berkata, ia adalah satu lelucon dalam kalangan pengurusan 1MDB.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Shahrol Azral: ‘P’ bermaksud PSI manakala ‘ITA’ bermaksud menyakitkan hati atau menjengkelkan (dalam bahasa Inggeris) kerana projek itu memang menyakitkan hati atau menjengkelkan.

Muhammad Shafee: Jadi pada dasarnya, PITA adalah satu lelucon bahawa PetroSaudi adalah ‘menyakitkan hati atau menjengkelkan?

Shahrol Azral: Ya.

Muhammad Shafee: Itu adalah projek… yang menyakitkan hati atau menjengkelkan?

Shahrol Azral: Ya, untuk menghantar balik dana daripada PSI.

Muhammad Shafee: Mengapa ia menjadi lelucon dalam kalangan pengurusan memandangkan ia menyakitkan hati, adakah kerana anda menganggapnya begitu?

Shahrol Azral: Ia menyakitkan hati kerana kami terpaksa berhati-hati kerana ia adalah sensitif. Jadi kami tidak boleh meneruskannya hanya atas dasar komersial tanpa pengetahuan lembaga pengarah dan saya rasa dana ini adalah satu isu sensitif yang perlu kami uruskan dengan berhati-hati dan kami perlu meminta pandangan Datuk Seri Najib.

Kepada soalan lain, saksi itu berkata, tiada sesiapa dalam kalangan Lembaga Pengarah 1MDB yang tahu mengenai gelaran ‘PITA’ itu.

Shahrol Azral juga bersetuju dengan peguam itu bahawa terdapat satu lagi projek yang digelar sebagai ‘Magnolia’ namun beliau tidak tahu apa yang dimaksudkan kerana nama itu diberikan dan digunakan oleh Goldman Sachs.

Saksi itu juga bersetuju dengan Muhammad Shafee bahawa tiada kertas kerja dan pembentangan dibuat mengenai ‘Projek PITA’ kepada lembaga pengarah.

Shahrol Azral berkata, peguam 1MDB ketika itu, Jasmine Loo sepatutnya membuat pembentangan mengenai projek tersebut kepada lembaga pengarah.

“Tiada kertas kerja mengenai Projek PITA yang dibentangkan kepada lembaga pengarah,” katanya.

Najib, 67, berdepan empat pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion membabitkan dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan wang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung pada 4 Jun depan.

Tags: 1MDBNajib Tun RazakPetroSaudi International
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

COVID-19: Majlis Aidilfitri Istana, Kabinet Dibatalkan

Next Post

90 Pulih, Tiada Kematian, 50 Kes Baharu Covid-19

Related Posts

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

10/04/2025
0

PUTRAJAYA: Tiga waran tangkap dikeluarkan kepada bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan untuk didakwa mengikut pertuduhan...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post

90 Pulih, Tiada Kematian, 50 Kes Baharu Covid-19

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd