Tuesday, April 30, 2024

Creating liberating content

Pemandu Lori Tampar Anak...

Shah Alam : Pemandu lori yang memukul anak tirinya berusia lima tahun di...

Tiada Tumpahan Minyak Di...

IPOH - Tiada sebarang kejadian tumpahan minyak di sekitar Terowong Menora di sini...

2 Pekerja Pembersihan Maut...

IPOH - Dua pekerja pembersihan sebuah syarikat swasta maut selepas terjatuh ke dalam...

Bomba Pahang Cipta Treler...

MARAN - Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang berjaya mencipta bot pelbagai fungsi dipanggil...

Pergerakan Rentas Negeri Ditamatkan

PUTRAJAYA – Pergerakan rentas negeri bagi mereka yang terkandas di kampung ditamatkan semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, secara keseluruhan Polis Diraja Malaysia (PDRM) meluluskan sebanyak 401,253 permohonan melalui aplikasi Gerak Malaysia dan borang manual.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Semalam, sebanyak 109,309 kebenaran melalui aplikasi Gerak Malaysia dan 1,388 kebenaran melalui borang manual polis dikeluarkan oleh PDRM bagi mereka yang terkandas di Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu untuk pulang ke kediaman mereka di negeri-negeri lain.

“PDRM juga mengadakan 128 Sekatan Jalan Raya untuk memantau pergerakan rentas negeri,” katanya pada sidang media (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, laporan PDRM turut menunjukkan pergerakan rentas negeri dan aliran lalu lintas lancar dan tiada kesesakan luar biasa.

Katanya, situasi di kawasan rehat dan rawat (R&R) juga terkawal dan kadar pematuhan orang ramai kepada arahan PDRM semasa perjalanan rentas negeri amat memuaskan.


Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Pertahanan itu turut memaklumkan sehingga jam 8 pagi tadi sebanyak 228 pusat kuarantin telah beroperasi berbanding 229 hari sebelumnya dengan 4,268 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib.

“Semalam seramai 461 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air dan telah dikuarantin wajib menjadikan jumlah keseluruhan 31,591 orang sejak 3 April lalu.

“Sehingga kini, seramai 23,597 individu selesai menjalani tempoh kuarantin wajib dan dibenarkan pulang,” katanya.

Kategori