• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk Malaysia Meningkat 32.73 Juta Orang

oleh
13/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Penduduk Malaysia dianggarkan berjumlah 32.73 juta orang pada suku tahun pertama 2020 iaitu peningkatan sebanyak 0.6 peratus berbanding suku tahun pertama 2019, menurut laporan Perangkaan Demografi bagi suku tahun pertama 2020.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, jumlah itu merangkumi 29.62 juta orang atau 90.5 peratus warganegara dan 3.12 juta orang atau 9.5 peratus bukan warganegara.

Beliau berkata, penduduk lelaki meningkat daripada 16.81 juta orang pada suku tahun pertama 2019 kepada 16.90 juta orang sementara penduduk perempuan pula meningkat daripada 15.72 juta orang kepada 15.84 juta orang bagi tempoh yang sama.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Nisbah jantina kekal pada 107 lelaki bagi setiap 100 perempuan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd Uzir, Selangor kekal mencatatkan penduduk paling ramai pada suku tahun pertama 2020 dengan 6.57 juta orang manakala Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan penduduk terendah iaitu 99,600 orang.

Pada suku tahun pertama 2020, penduduk berumur 0-14 tahun menurun kepada 7.53 juta berbanding 7.63 juta pada suku tahun pertama 2019, manakala penduduk berumur 15–64 tahun meningkat kepada 22.95 juta orang.

Katanya, penduduk berumur 65 tahun ke atas turut meningkat daripada 2.16 juta kepada 2.26 juta orang pada suku tahun pertama 2020 dan trend tersebut selari dengan negara maju yang menuju ke arah penuaan penduduk.

Tags: penduduk malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

95 Peratus Penduduk Malaysia Tak Makan Sayur

95 Peratus Penduduk Malaysia Tak Makan Sayur

19/07/2022
0

SHAH ALAM: Kira-kira 95 peratus penduduk negara ini didapati tidak makan sayur seperti disaran Kementerian Kesihatan (KKM), yang menjadi antara...

Penduduk Malaysia Berjumlah 32.4 Juta

14/02/2022
0

Shah Alam : Penduduk Malaysia berjumlah 32.4 juta dengan Purata Kadar Pertumbuhan Tahunan (CAGR) penduduk adalah 1.7 peratus dalam tempoh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd