Monday, October 7, 2024

Creating liberating content

Jangan Abaikan Pendidikan Anak...

TAWAU – Masyarakat luar bandar, khususnya di Sabah, dinasihatkan agar tidak mengabaikan pendidikan...

Rakyat Sabah Waspada Janji...

SANDAKAN - Rakyat di negeri ini diminta berwaspada dengan janji kosong dibuat oleh...

Lima Penyamun Larikan Barang...

IPOH - Lima penyamun mengambil masa kurang tiga minit melarikan barang kemas bernilai...

22 Wat Diwarta Sebagai...

TUMPAT - Kelantan akan mewartakan 22 wat sebagai tapak rekreasi dan kebudayaan masyarakat Siam...

Pendam Impian Selama 39 Tahun Untuk Peluk Islam

GEORGE TOWN – “Selama 39 tahun saya pendam impian hendak masuk Islam, tapi akhirnya tercapai juga walaupun sudah berusia,” kata seorang mualaf warga emas berkongsi pengalamannya memeluk Islam.

Abdul Salam Abdullah, 61, yang nama asalnya M Santiago berkata, beliau sudah memendam hasrat untuk memeluk Islam sejak berusia 17 tahun lagi apabila tertarik dengan seorang rakannya yang beragama Islam ketika sama-sama bekerja di Johor Bahru, Johor ketika itu.

“Saya memang berasal dari Johor Bahru dan sejak tengok kawan sembahyang serta mengaji al-Quran menyebabkan saya tertarik, tetapi pada masa sama saya takut kerana perkara itu (memeluk Islam) pernah disuarakan kepada keluarga, namun mereka tidak setuju serta marah.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Sejak hari itu, saya tidak berani lagi sebut pasal perkara itu di hadapan keluarga namun dalam masa sama masih curi-curi mencari maklumat serta belajar secara senyap-senyap tentang agama Islam tapi masih belum mempunyai kekuatan untuk menukar agama,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Dunlop, Datuk Keramat di sini.

Terdahulu, beliau menerima bantuan kotak makanan daripada Jelajah Peduli Ummah anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) yang disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Mapim, Dr Ahmad Sani Abdul Alim Araby.

Abdul Salam yang tinggal sendirian di sebuah rumah yang disewanya di belakang sebuah bengkel kereta berkata, selepas berhijrah ke Pulau Pinang enam tahun lepas, beliau mula belajar mengenai Islam dengan lebih serius sebelum memeluk agama itu setahun selepas itu.


Menurutnya, beliau sangat gembira dapat memeluk Islam dan setiap tahun bulan yang paling ditunggu-tunggu ialah Ramadan kerana sangat gembira serta teruja untuk berpuasa dan menunaikan solat tarawih di masjid bersama jemaah lain.

“Alhamdulillah seronok sangat… puasa tak tinggal lagi sejak lima tahun lepas. Tahun ini saya solat tarawih sendiri di rumah kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Persiapan raya pun ala kadar sahaja, pakai apa yang ada lagipun raya kedua saya akan sambung berpuasa enam hari lagi,” katanya yang masih bujang.

Beliau yang berniaga barangan lama di pasar Ropewalk itu bersyukur walaupun tidak dapat berniaga sejak dua bulan lepas berikutan pelaksanaan PKP, namun rezekinya tetap ada kerana ada beberapa pihak membantu menyalurkan bantuan termasuk terbaharu pihak MAPIM.

“Saya juga dapat Bantuan Prihatin Nasional jadi boleh la digunakan sepanjang tidak dapat berniaga sekarang ini, tapi saya bersyukur kerana ada pihak yang prihatin menghulurkan bantuan bagi meringankan beban,” katanya.

Kategori