• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pekerja Kurier Maut Dilanggar Pemandu Mabuk

oleh
29/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Seorang pekerja syarikat kurier tidak sempat menikmati gaji pertamanya selepas maut dilanggar pemandu mabuk di kilometer 34.2 Lebuh Raya Persekutuan menghala Kuala Lumpur, hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, ketika kejadian pada jam 6 pagi, mangsa berusia 42 tahun membonceng motosikal ditunggang rakannya dalam perjalanan pulang ke rumah.

“Semasa di lokasi kejadian, sebuah kereta dipandu oleh seorang pelajar institut pengajian tinggi swasta telah hilang kawalan dan melanggar motosikal yang dinaiki mangsa dan rakannya.

“Ujian kandungan alkohol ke atas pemandu berusia 22 tahun itu mendapati dia memandu di bawah pengaruh alkohol,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Nik Ezanee berkata, rakan mangsa berusia 30 tahun cedera parah dan kini berada di zon merah Pusat Perubatan Universiti Malaya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Nik Ezanee memaklumkan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Daerah Petaling Jaya telah melaksanakan operasi di Jalan PJS 8/9 di sini pada jam 12.01 tengah malam sehingga 2.30 pagi tadi.

Menurutnya, dalam operasi itu, seramai 35 pengguna jalan raya dan kenderaan telah diperiksa.

“Kita mengeluarkan dua saman bagi kesalahan tiada lesen memandu.

“Seorang warga tempatan berusia 28 turut ditahan kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol setelah ujian saringan alkohol dibuat ke atas dirinya,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan memperkasakan lagi Op Alkohol bagi mengekang dan membanteras kesalahan-kesalahan yang melibatkan pengguna jalan raya memandu di bawah pengaruh alkohol.

“Pemanduan di bawah pengaruh alkohol ini boleh membahayakan keselamatan dan menyebabkan kematian orang lain,” katanya. – Sinar Harian

Tags: kemalangan mautpekerja kurierpemandu mabuk
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Doktor Malar Cadang Malaysia Laksana Polisi 0.0% Alkohol, Larang Jualan Arak Di Kedai Runcit

Doktor Malar Cadang Malaysia Laksana Polisi 0.0% Alkohol, Larang Jualan Arak Di Kedai Runcit

30/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pempengaruh kesihatan terkenal, Dr. Malar Santhi (Celoteh Dr Malar) tampil menyuarakan pandangan agar Malaysia memperketatkan...

MCA Minta Tidak Dijadikan Isu Perkauman, Sesiapa Sahaja Boleh Jadi Mangsa Pemandu Mabuk

MCA Minta Tidak Dijadikan Isu Perkauman, Sesiapa Sahaja Boleh Jadi Mangsa Pemandu Mabuk

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd