• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kluster Baharu Babitkan Pengawal Keselamatan Di Cheras

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) sudah mengenal pasti satu kluster yang membabitkan pengawal keselamatan di pusat beli-belah di Cheras, Kuala Lumpur.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga 7 Mei, jam 12 tengah hari, 10 kes positif Covid-19 dilaporkan dalam kluster itu membabitkan sembilan warga Nepal dan seorang rakyat tempatan.

Beliau berkata, punca jangkitan bagi kluster pengawal keselamatan Cheras itu masih di dalam siasatan.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Langkah-langkah pembendungan dan pencegahan seterusnya diambil seperti mengenal pasti dan menjalankan ujian saringan Covid-19 ke atas semua pekerja dan kontak rapat mereka.

“Semua kes warganegara Nepal dalam kluster ini tinggal di kediaman yang sama di Cheras. Saringan Covid-19 sudah dijalankan ke atas penghuni kediaman mereka, pengawal dan anggota keselamatan di pusat membeli-belah itu dan pekerja pasar raya yang berkait rapat.

“Setakat ini, seramai 436 orang disaring, di mana 10 kes didapati positif, 347 kes negatif dan 79 orang masih menunggu keputusan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Cheras dan Titiwangsa akan terus menjalankan pemantauan ke atas kenaikan kes Covid-19 berkaitan kluster itu.

“Semua kontak rapat setiap kes sudah dipanggil untuk tujuan saringan dan pendidikan kesihatan juga diberikan kepada mereka,” katanya.

Beliau menasihatkan majikan pelbagai sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi perlulah patuh kepada syarat dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh pihak berkuasa berdasarkan sektor masing-masing.

Tambahan pula, katanya, adalah amat penting bagi majikan dan semua pekerja supaya sentiasa ikut amalan yang betul di tempat kerja masing-masing.

“Ini seperti elakkan berada di kawasan sesak, tertutup secara beramai-ramai pada masa sama seperti di ruang makan (pantri) di tempat kerja.

“Kekalkan jarak satu meter ketika cakap bersemuka dengan orang lain. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan ini melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),” katanya.

Beliau berkata, orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenai Covid-19.

Katanya, KKM juga akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan. – myMetro Online

Tags: Covid-19klusterpengawal keselamatanwarga asing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kedai Warga Asing, Penguatkuasaan Ke Mana?

Kedai Warga Asing, Penguatkuasaan Ke Mana?

10/09/2026
0

PREMIS perniagaan termasuk kedai runcit dan makanan yang dioperasikan oleh pekerja asing sudah tidak lagi asing di negara ini. Menggunakan...

Tidak Semua Persatuan Peniaga Boleh Diharapkan, Jadi Ejen Pekerja Asing

Tidak Semua Persatuan Peniaga Boleh Diharapkan, Jadi Ejen Pekerja Asing

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tidak semua persatuan penjaja dan peniaga boleh diharapkan dalam usaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd