• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Dijangka Terima Semula Aset AS$107.3 Juta

oleh
15/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia dijangka menerima semula aset di luar negara dianggarkan berjumlah AS$107.3 juta (RM465.3 juta) dalam kes pengubahan wang haram yang dihadapi Riza Shahriz Abdul Aziz, anak tiri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sebelum ini.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan media hari ini berkata, pihak pendakwaan telah memohon kepada mahkamah untuk melepas tanpa membebaskan Riza daripada beberapa pertuduhan yang dibuat pada 5 Julai 2019 di Mahkamah Sesyen di sini.

SPRM berkata, badan itu dimaklumkan bahawa ia merupakan pelepasan bersyarat dengan pihak pendakwaan berhak untuk mengembalikan pertuduhan dan mendakwa tertuduh sekiranya tidak berpuas hati dengan pelaksanaan persetujuan yang dicapai.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Hasil keputusan ini, kerajaan Malaysia dijangka menerima semula aset-aset di luar negara yang terlibat daripada kesalahan berkenaan iaitu dianggarkan berjumlah AS$107.3 juta (RM465.3 juta).

“Dalam persetujuan ini juga, tertuduh dikehendaki membayar sejumlah kompaun kepada kerajaan sebagaimana dibenarkan di bawah Seksyen 92 Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 dengan ini adalah bersifat punitif sebagai alternatif kepada pertuduhan yang telah dikenakan ke atasnya,” kata kenyataan itu.

SPRM berkata, persetujuan antara pihak pendakwaan dan tertuduh melalui representasi di mahkamah itu adalah keputusan yang telah dipertimbangkan dan dipersetujui oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Mahkamah Sesyen melepas tanpa membebaskan Riza daripada pertuduhan pengubahan wang haram AS$248 juta (RM1.25 bilion), didakwa diseleweng daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selepas pihak pendakwaan dan tertuduh mencapai persetujuan untuk melepas tanpa membebaskan lelaki itu susulan beberapa representasi difailkan tertuduh terhadap pertuduhan dihadapinya.

Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, yang dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya (TPR) kanan untuk mengendalikan kes itu, Datuk Seri Gopal Sri Ram memaklumkan bahawa satu persetujuan telah dicapai antara pihak pendakwaan dengan tertuduh di bawah terma-terma bahawa Kerajaan Persekutuan akan menerima sejumlah wang membabitkan beberapa juta ringgit.

Hasil daripada persetujuan yang dicapai, dengan itu pertuduhan yang dikemukakan terhadap tertuduh tidak akan diteruskan buat masa ini sementara menunggu persetujuan itu dilaksanakan sepenuhnya.

Sri Ram berkata, sekiranya berpuas hati dengan pelaksanaan persetujuan itu, langkah sewajarnya akan diambil untuk memastikan tertuduh dibebaskan sepenuhnya.

“Sekiranya tidak berpuas hati dengan pelaksanaan persetujuan itu, pihak pendakwaan berhak untuk mengembalikan pertuduhan itu dan mendakwa tertuduh mengikut undang-undang,” katanya.

Pada 5 Julai tahun lepas, Riza, 43, pemilik Red Granite Pictures, mengaku tidak bersalah terhadap lima pertuduhan pengubahan wang haram.

Tags: aset 1MDBaset luar negarariza aziz
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Na’imah Dibenarkan Jadi Pencelah Permohonan SPRM Halang Urus Aset Luar Negara

Na’imah Dibenarkan Jadi Pencelah Permohonan SPRM Halang Urus Aset Luar Negara

13/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Isteri Allahyarham Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na'imah Abdul Khalid, hari ini dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi untuk menjadi...

Banyak Usaha Sedang Dibuat Untuk Dapatkan Semula Aset 1MDB – Johari

Banyak Usaha Sedang Dibuat Untuk Dapatkan Semula Aset 1MDB – Johari

07/05/2023
0

Pelbagai usaha sedang diambil untuk mendapatkan semula aset berkaitan 1MDB, termasuk daripada Goldman Sachs, kata Pengerusi Pasukan Petugas 1MDB, Johari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd