• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kejayaan Rangsang Ekonomi Pada Kemampuan Rakyat Berbelanja

oleh
06/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kejayaan kerajaan untuk merangsang semula ekonomi negara, dilihat bergantung rapat pada kemampuan majoriti rakyat untuk berbelanja seperti biasa selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir.

Ia berdasarkan satu kajian dalam talian oleh Pusat Kajian Pentadbiran dan Politik (Cent-GPS) mengenai tahap kewangan dan corak perbelanjaan rakyat Malaysia ketika PKP Fasa 1 dan 2, yang membabitkan 733 responden.

Kajian itu antaranya mendapati 30 peratus responden kehilangan pendapatan susulan pelaksanaan PKP, yang menggambarkan keadaan mereka akan semakin sukar apabila PKP dilanjutkan.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Selain itu, kajian berkenaan juga mendapati simpanan dimiliki 74 peratus daripada responden hanya mampu bertahan tidak sampai empat bulan, apabila simpanan bagi 30 peratus responden hanya untuk sebulan, dan baki 44 peratus responden mampu bertahan antara satu hingga tiga bulan sahaja.

“Ini adalah cabaran utama bagi kerajaan untuk merangsang semula ekonomi, iaitu sama ada perniagaan dan orang ramai berupaya untuk memulihkan aliran tunai mereka pasca PKP, serta berapa lama masa diperlukan untuk mereka berbuat demikian.

“Walaupun banyak pihak menyentuh mengenai cabaran dihadapi syarikat dan perniagaan, masalah sebenar mungkin ada dalam pasaran itu sendiri apabila orang ramai mungkin mengurangkan perbelanjaan pasca PKP, untuk menstabilkan simpanan.

“Berikutan pendapatan isi rumah yang boleh dibelanjakan semakin mengecil sama ada bagi yang kehilangan pendapatan atau mahu menstabilkan semula simpanan, orang ramai kini bergantung pada kerajaan untuk memberikan rangsangan dana dalam apa juga bentuk,” jelas Cent-GPS dalam satu kenyataan, hari ini.

Kajian sama mendapati 70 peratus responden percaya kerajaan berupaya untuk merangsang semula ekonomi, selain 86 peratus responden bersetuju bahawa PKP perlu dilaksanakan.

“Sehubungan itu, satu perancangan yang jelas perlu diwujudkan dalam tempoh beberapa bulan pasca PKP untuk memulihkan semula ekonomi Malaysia untuk memberi keyakinan kepada industri, perniagaan dan pengguna,” kata agensi itu.

Cent-GPS turut memaklumkan mengenai hasil kajian itu yang mendapati pelaksanaan PKP berjaya memangkin amalan rakyat Malaysia membeli barangan secara dalam talian.

Dapatan mengenai mereka yang berbelanja secara dalam talian adalah agak seimbang antara yang menetap di Lembah Klang atau di luar kawasan itu, dengan sebahagiannya tinggal di Sabah dan Sarawak.

Berdasarkan hasil kajian itu, Cent-GPS menyarankan kerajaan dan perniagaan untuk tidak sekadar bergantung pada suntikan dana untuk merangsang semula ekonomi, sebaliknya turut meneliti semula bagaimana ekonomi berfungsi dalam situasi baharu ketika ini.

Tags: ekonomi negaraperintah kawalan pergerakanrakyat berbelanja
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

16/10/2023
0

KUALA LUMPUR : Perintah berkurung di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dijenamakan semula sebagai Perintah Kawalan Pergerakan ESSZONE mulai jam...

Belanjawan 2023: Ekonomi Negara Dijangka Berkembang 4.5 Peratus

Belanjawan 2023: Ekonomi Negara Dijangka Berkembang 4.5 Peratus

24/02/2023
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengunjurkan pertumbuhan ekonomi sekitar 4.5 peratus bagi 2023, demikian kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd