PUTRAJAYA – Sejarah dan ketokohan jururawat dunia Islam wajar dihayati serta diketahui, sebagaiamana ramai yang mengenali tokoh jururawat terkemuka di dunia serta pengasas kejururawatan moden, Florance Nightingle.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata umat Islam wajar mengenali Rufaidah Saad Al Aslamiah kerana beliau adalah jururawat terkenal dalam dunia perubatan Islam suatu ketika dahulu.
“Kita masih berada dalam tempoh yang sukar menghadapi COVID-19 dan ketika ini saya doakan jururawat mempunyai kebijaksanaan, kecekalan dan semangat juang yang tinggi seperti Rufaidah.
MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK
“Semoga jururawat kita sentiasa tabah dan cemerlang dalam menghadapi pandemik ini dan Selamat Hari Jururawat Sedunia,” katanya di laman facebooknya.
Setiap tahun, tanggal 12 Mei dipilih sebagai Hari Jururawat Sedunia yang disambut di seluruh dunia.
Sambutan tahunan itu adalah untuk mengenang dan menghargai sumbangan jururawat yang berperanan penting dalam perkhidmatan kesihatan setiap negara.
Ketika ini dunia dilanda pandemik COVID-19, justeru seluruh rakyat tidak dapat menafikan cabaran hebat dihadapi dan pengorbanan yang dilakukan jururawat, setanding dengan barisan hadapan yang lain.