• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Budak 4 Tahun Kes Terbaharu Covid-19 Di Sabah

oleh
21/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SABAH mencatatkan satu kes positif Covid-19 baharu semalam membabitkan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Christina Rundi berkata, kes berkenaan dikategorikan sebagai kes import berikutan dikesan melalui sampel yang diambil di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

“Kanak-kanak berkenaan menaiki pesawat komersil daripada Kuala Lumpur ke Sabah bersama ahli keluarganya.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Bagaimanapun, kes ini sudah ditempatkan di pusat kuarantin setibanya mereka negeri ini.

“Kanak-kanak berkenaan juga sudah dimasukkan ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (HWKK) Likas semalam untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Dalam pada itu, Dr Christina menyatakan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) akan memastikan pengurusan pelajar Sabah di institusi pengajian tinggi (IPT) daripada Semenanjung serta Sarawak yang mempunyai kes positif diuruskan secara teratur.

Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan terdapat beberapa kes positif dalam kalangan pelajar Sabah di IPT yang sedang menunggu giliran untuk penerbangan balik.

“JKNS akan pastikan pengurusan kontak rapat semua kes ini yang balik ke negeri ini dilaksanakan dengan terbaik.

“Kita tidak mahu ada individu yang menjadi pembawa wabak Covid-19 ke negeri ini. Oleh itu, pemeriksaan rapi harus dijalankan ke atas setiap pelajar yang baru tiba di KKIA,” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19kanak-kanakSabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan nasihat tsunami susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 yang berlaku di...

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan komitmen dalam merealisasikan semangat dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd