• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bicara 1MDB Najib Disambung Selepas Parlimen Bersidang

oleh
12/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak yang menghadapi pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang dijadual 18 Mei, ditangguh kepada keesokan hari.

Ini bagi membolehkan bekas Perdana Menteri itu menghadiri sidang sehari Dewan Rakyat.

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib, berkata peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menghantar emel kepada Mahkamah Tinggi pada Jumaat lalu untuk memohon tarikh baharu itu.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Permohonan pihak pembela telah diluluskan dan perbicaraan akan bersambung pada 19 Mei, jam 2 petang,” katanya.

Perbicaraan itu yang mendapat liputan meluas menjalani prosiding terakhir pada 13 Mac di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.

Mahkamah sebelum itu menetapkan 19-20 Mac, 23-27 Mac dan 30-31 Mac; 1-30 April; dan 4-8 Mei, 11-22 Mei termasuk Jumaat untuk meneruskan perbicaraan itu.

Tarikh lain yang ditetapkan ialah seluruh Jun, Julai, Ogos, September dan Oktober termasuk Jumaat.

Namun, prosiding itu telah ditangguhkan beberapa kali susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan.

Apabila perbicaraan disambung semula, peguam bela Najib dijangka akan meneruskan soal balas saksi kesembilan pendakwaan iaitu bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, yang menjadi saksi sejak 23 September tahun lalu.

Najib, 67, berhadapan dengan empat pertuduhan menyalahguna kedudukannya untuk memperoleh gratifikasi berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan wang yang sama.

Tags: 1MDBNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

31/07/2026
0

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam nada lembut ketika berkempen malam ini mendakwa beliau datang ke Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd