• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beri Perhatian Sabah Dan Sarawak – Agong

oleh
18/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mahu kerajaan terus menggiatkan usaha dan inisiatif bagi merapatkan jurang pembangunan dan ekonomi antara negeri, juga di Sabah dan Sarawak.

Usaha berkenaan merangkumi peningkatan mobiliti rakyat dengan menambah baik rangkaian dan infrastruktur asas serta sistem pengangkutan.

Seri Paduka bertitah bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat dan merapatkan jurang pembangunan di Sabah dan Sarawak, kerajaan mengambil langkah menerusi pelaksanaan projek-projek infrastruktur kritikal di kedua-dua negeri berkenaan.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Beta berharap rakyat di Sabah dan Sarawak akan dapat menikmati jaringan perhubungan dan kemudahan yang berkualiti dan lebih baik,” titah Yang di-Pertuan Agong dalam Titah Diraja Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Parlimen ke-14 di Dewan Rakyat, hari ini.

Selain pembangunan infrastruktur di kedua-kedua negeri itu, Seri Paduka bertitah kerajaan perlu turut memberi perhatian terhadap kawasan pedalaman di Semenanjung terutamanya di penempatan masyarakat Orang Asli.

Merujuk data terkini yang menunjukkan lebih dua pertiga rakyat Malaysia tinggal di bandar, Al-Sultan Abdullah bertitah kesejahteraan masyarakat khususnya golongan B40 dan M40 serta belia di bandar perlu dipertingkatkan meliputi usaha pemilikan rumah menerusi dasar perumahan mampu milik dan skim sewa milik.

“Sebagai kerajaan yang prihatin, kos sara hidup rakyat akan terus ditangani dengan sebaik mungkin,” titah Seri Paduka.

Menyentuh tentang iltizam kerajaan untuk meningkatkan akses perkhidmatan kesihatan yang saksama kepada rakyat, Seri Paduka bertitah perkhidmatan kesihatan akan diperkasa dengan menjurus kepada pencegahan dan perawatan secara holistik kepada masyarakat luar bandar, Orang Asli serta peribumi di Sabah dan Sarawak.

Tags: Al-Sultan AbdullahSabahsarawakYang di-Pertuan Agong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Junjung Kasih Keberangkatan Agong, Pemangku Sultan Johor Sempena Ulang Tahun Ke-80 Di Istana Besar Johor

UMNO Junjung Kasih Keberangkatan Agong, Pemangku Sultan Johor Sempena Ulang Tahun Ke-80 Di Istana Besar Johor

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Keberangkatan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail sempena Sambutan Ulang Tahun...

Yang di-Pertuan Agong, Pemangku Sultan Johor Sertai Sesi Fotografi di Istana Besar Sempena Ulang Tahun Ke-80 UMNO

Yang di-Pertuan Agong, Pemangku Sultan Johor Sertai Sesi Fotografi di Istana Besar Sempena Ulang Tahun Ke-80 UMNO

11/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke sesi fotografi di Tangga Selat Istana Besar di sini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd