• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berani Buat Berani Tanggung!

oleh
27/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mereka yang terperangkap di kampung sewaktu musim perayaan ini akibat melanggar larangan rentas negeri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kini mungkin tidak senang duduk malah dalam dilema membuat pilihan.

Ini berikutan laporan media yang memetik kenyataan Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia, Datuk Shamsuddin Bardan sebagai berkata, pekerja swasta yang terlibat dengan kesalahan itu boleh dibuang kerja jika tidak kembali bertugas ke pejabat selama lebih dua hari berturut-turut.

Bagi penjawat awam pula, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman dilaporkan berkata mereka boleh dikenakan tindakan tatatertib jika tidak kembali bekerja selepas Aidilfitri kerana terperangkap di kampung, akibat melanggar larangan rentas negeri.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Jika tidak balik bekerja, boleh dikenakan tindakan tatatertib, atau lagi teruk boleh hilang kerja, tetapi jika mahu balik bekerja, akan ‘kantoi’ kerana melanggar PKPB, malah terpaksa membayar kompaun pula.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula berkata, mana-mana pihak yang sudah pulang ke kampung sempena cuti perayaan dinasihatkan untuk tidak takut dengan kompaun dan tindakan undang-undang.

Beliau berkata, mereka perlu pulang atau berdepan risiko hilang pekerjaan, namun tindakan yang bakal dikenakan terpulang kepada polis memandangkan sekatan jalan raya akan terus dikekalkan.

Jadi pilihan terletak di tangan anda, berani buat beranilah tanggung.

Semalam, kes positif Covid-19 terus merekodkan peningkatan iaitu sebanyak 187 kes baharu, setelah kembali melonjak kepada tiga digit pada hari sebelumnya dengan sebahagian besarnya membabitkan individu bukan warganegara.

Dengan kemunculan satu persatu kluster baharu, perjuangan menentang virus pembunuh tidak kelihatan ini nampaknya masih belum sampai ke penghujungnya sekali gus menuntut komitmen penuh dan jitu bukan sahaja barisan hadapan, tapi juga rakyat Malaysia.

Seperti kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sudah tiba masanya rakyat Malaysia mengambil tanggungjawab memikul tugas membendung penularan wabak Covid-19 untuk memberi peluang petugas barisan hadapan ‘berehat’.

Patuhilah prosedur operasi standard, kita mampu memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

Tags: perintah kawalan pergerakan bersyaratrentas negeri
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

BN Dijangka Menang Besar Di PRK DUN Chini

Next Post

Covid-19: Saringan Suhu Badan Tak Masuk Akal

Related Posts

Kadar Rt COVID-19 Meningkat Selepas Rentas Negeri

27/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 menunjukkan trend peningkatan sejak lima hari lalu, kira-kira dua minggu selepas kerajaan memberi...

Bukan Orang Tua Sahaja Tak Jumpa, Masjid Pun Tak Pergi

22/10/2021
0

PETALING JAYA – Bukan hanya tidak balik jumpa ibu bapa, namun ada juga yang tidak ke masjid selepas kebenaran solat...

Next Post

Covid-19: Saringan Suhu Badan Tak Masuk Akal

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd