• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Pesakit COVID-19 Tak Perlu Terima Tetamu Aidilfitri

oleh
19/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Orang ramai yang mempunyai kenalan dengan bekas pesakit COVID-19 perlu memberi ruang kepada mereka untuk menjalani kuarantin selama 14 hari demi menjamin keselamatan bersama terutamanya menjelang perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.

Ia susulan saranan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, kepada pesakit COVID-19 yang sudah discaj dari hospital tidak digalakkan menerima pelawat ketika menjalani kuarantin di rumah.

Setakat ini jumlah kes positif secara keseluruhan adalah 6,941 dan daripada jumlah itu sebanyak 5,615 kes telah sembuh dan discaj dari wad atau bersamaan dengan 80.9 peratus.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Tambahan pula sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan pada 4 Mei lalu, kes positif COVID-19 secara harian mencatatkan pada paras dua angka, justeru bagi mengekalkan trend itu Dr Noor Hisham menyeru masyarakat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Dalam pada itu, masyarakat juga disaran menyambut Aidilfitri pada kali ini secara luar dari kelaziman iaitu termasuk tiada amalan menziarahi kubur pada musim perayaan ini, tiada rumah terbuka kerana virus maut itu masih ‘berlegar’ dalam komuniti.

Tinjauan Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga mendapati 74 peratus masyarakat hanya mahu beraya dengan ahli keluarga di rumah, tanpa perlu menerima tetamu daripada anggota keluarga lain mahupun jiran dan perkembangan itu disambut baik Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dalam pada itu, bagi melindungi kanak-kanak dan warga emas daripada jangkitan virus tersebut, KKM akan berbincang dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini bagi mempertimbangkan pelaksanaan larangan membawa golongan tersebut ke tempat awam seperti pusat beli-belah.

Ismail Sabri juga mengingatkan masyarakat yang berkunjung ke premis perniagaan supaya menulis nama dan juga nombor telefon sebenar dan bukannya nama samaran seperti Badang, Superman dan Batman kerana ini akan dapat menyelamatkan mereka kelak untuk dihubungi sekiranya disyaki dijangkiti pandemik maut itu.

Kerajaan meletakkan beberapa arahan untuk dipatuhi demi menjaga keselamatan semua, jadi sebagai rakyat prihatin, usahlah kita membebani tugas petugas hadapan dengan peningkatan kes positif akibat daripada sikap pentingkan diri dengan melanggar SOP yang ditetapkan.

Tags: Covid-19Hari Raya Aidilfitrikuarantin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bagaimana Mahu Merayakan Aidilfitri Penuh Kegembiraan Walaupun Terpaksa Berkerja?

Bagaimana Mahu Merayakan Aidilfitri Penuh Kegembiraan Walaupun Terpaksa Berkerja?

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub  Menyambut Aidilfitri ketika perlu bekerja memang mencabar—tetapi dengan sedikit perancangan dan mindset yang betul, anda masih boleh menikmati...

Arab Saudi Rasmi Sambut Aidilfitri Jumaat Ini

Arab Saudi Rasmi Sambut Aidilfitri Jumaat Ini

19/03/2026
0

RIYADH – Kerajaan Saudi secara rasmi mengumumkan bahawa Hari Raya Aidilfitri 1 Syawal 1447 Hijrah akan disambut pada Jumaat, 20...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd