Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

Ular Sawa Teman 10...

KAJANG: Dua wanita warga emas yang berlindung dari banjir dengan duduk di atas...

Jururawat ‘Nakal’ Jadi Model...

BEIJING - Sambutan Hari Jururawat Sedunia yang berlangsung pada 12 Mei lalu nampaknya...

Pengamal Perubatan Tradisional Didakwa...

AMPANG JAYA: Seorang pengamal perubatan tradisional dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang, di sini,...

Diminta Kaji Semula Kenaikan...

TANJUNG MALIM - Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia diminta mengkaji semula cadangan untuk...

86 Pulih, Tiada Kematian, 10 Kes Baharu Covid-19

JANGKITAN baharu Covid-19 dalam negara hanya merekodkan 10 kes hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes keseluruhan penularan wabak itu 7,629 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua 10 kes baharu yang dilaporkan berkaitan penularan tempatan.

Beliau berkata, lima daripada keseluruhan kes itu membabitkan bukan warga Malaysia dan tiada kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan terdapat 86 kes yang pulih dan dibenarkan discaj hari ini.

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 6,169 kes, 80.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya ketika sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, setakat ini jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,345 kes dan mereka sudah diasingkan serta diberi rawatan.


“Setakat dilaporkan hari ini, lapan kes positif Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah itu, empat kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, tiada kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) setakat jam 12 tengah hari ini.

Katanya, ia menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat jangkitan wabak berkenaan dalam negara ketika ini kekal 115 kes, 1.51 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Kategori