• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

8 Bahan Kimia Sanitasi Awam, Disinfeksi

oleh
04/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menggunakan lapan jenis bahan kimia dalam operasi sanitasi awam dan disinfeksi di tempat yang dikesan mempunyai penularan tinggi wabak Covid-19.

Lapan jenis bahan kimia itu termasuk etanol, natrium hipoklorit dan benzalkonium klorida digunakan dalam proses sanitasi awam di kawasan luar, manakala disinfeksi dalam kawasan tertutup.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata, sebelum menggunakan bahan itu, pihaknya mendapatkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan membuat rujukan terkini jurnal Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai jenis bahan kimia yang sesuai digunakan.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Sebagai contoh, kami gunakan etanol dengan kandungan alkohol 60 peratus ke atas dan natrium hipoklorit 0.5 peratus penggunaannya untuk operasi berkenaan.

“Apabila kami membuat penyelidikan bahan kimia itu, didapati bahawa kelapan-lapannya terdapat di Malaysia dan boleh digunakan untuk tempat-tempat tertentu,” katanya kepada Bernama di Putrajaya.

Mohammad Hamdan berkata, sebelum membuat proses campuran bahan kimia itu, pihaknya terlebih dahulu mendapat nasihat Jabatan Kimia untuk Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi memastikan sanitasi awam dan disinfeksi pada tempat awam mengikut protokol ditetapkan.

“Ini bermakna untuk melakukan penugasan nyah cemar ini bukannya boleh dibuat secara suka-suka dan ia perlu dibuat mengikut protokol kerana ia membabitkan bahan kimia.

“Setakat ini, JBPM membuat operasi nyah cemar di 130 zon yang dikenal pasti oleh KKM termasuk di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD),” katanya.

Ditanya sama ada kawasan zon hijau juga terlibat operasi nyah cemar, beliau berkata, memang terdapat permintaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Kerajaan Negeri untuk membuat disinfeksi di kawasan zon hijau mereka.

“Ya, memang terdapat permintaan daripada mereka (PBT dan Kerajaan Negeri) untuk mendisinfeksi kerana kawasan zon hijau mereka berkemungkinan pernah dimasuki oleh penduduk yang menetap di kawasan zon merah atau zon kuning.

“Oleh sebab itu, ada juga bangunan tertentu kami buat operasi nyah cemar berulang kali sebagai contoh kawasan Pasar Selayang, dekat Putrajaya, kerana ia merupakan zon merah Covid-19,” katanya.

Selain itu, Mohammad Hamdan berkata, setakat 30 April lalu pihaknya sudah membuat sebanyak 117 operasi sanitasi awam meliputi 41 zon iaitu 10 zon merah dan 31 zon kuning pelbagai negeri tertentu.

“Antaranya ia membabitkan premis perniagaan, stesen pengangkutan awam, tempat ibadat, pasar awam, kawasan perumahan,” katanya yang menambah JBPM juga melakukan 544 operasi sanitasi awam dan disinfeksi di fasiliti Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman dan Ibu Pejabat Kontinjen Polis.

Selain fasiliti PDRM, sebanyak 316 balai bomba seluruh negara serta fasiliti Jabatan Penjara dan depoh tahanan Jabatan Imigresen di seluruh negara juga dinyah kuman sebagai langkah pencegahan wabak itu.

“Boleh dikatakan setiap operasi sanitasi awam dan disinfeksi yang dibuat JBPM memang banyak sangat kerja kerana ia memerlukan tahap ketelitian dan fokus tinggi,” katanya.

“Pemakaian pakaian perlindungan diri (PPE) ketika operasi disinfeksi juga berbeza dengan pakaian PPE sanitasi awam. Disinfeksi, tahap pakaian PPE perlu tinggi, kandungan bahan kimia digunakan juga lebih tinggi malah peralatan PPE juga lebih lengkap dan berbeza dengan pakaian PPE sanitasi awam yang nipis serta penggunaan bahan kimia dengan kekuatan sederhana,” katanya.

Tags: bahan kimiaCovid-19operasi sanitasi awam
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd