Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Projek Karbon Skim Pencen...

KUALA LUMPUR – “Adakah pimpinan kerajaan PAS Kelantan sekarang telah mengagak mereka akan...

11 Jenazah Dikebumikan Di...

KUALA LUMPUR - Hanya 11 daripada 23 mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran...

KFC KLCC Enggan Layan...

SEORANG pengguna Facebook meluahkan kekesalannya menerusi laman sosial rasmi milik KFC Malaysia berkenaan...

Netizen Suruh Adik Hanis...

ANDA mungkin menggemari kartun animasi kanak-kanak Boboiboy, tapi anda tahu tak siapa sebenarnya...

66 Pulih, Tiada Kematian, 103 Kes Baharu Covid-19

JANGKITAN baharu Covid-19 dalam negara naik mendadak 103 kes hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes keseluruhan penularan wabak itu sebanyak 7,732 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, lonjakan kes baharu itu disebabkan penularan tempatan dalam kalangan bukan warga Malaysia.

Beliau berkata, daripada 103 kes baharu yang dilaporkan itu, tujuh kes import yang mendapat jangkitan di luar negara direkodkan, selebihnya membabitkan 96 kes penularan tempatan.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Katanya, daripada keseluruhan kes penularan tempatan itu, hanya 12 kes jangkitan membabitkan penduduk tempatan, selebihnya kes baharu dalam kalangan warga asing.

“Daripada 96 kes penularan tempatan, 84 kes baharu dalam kalangan bukan warga Malaysia yang mana 53 kes dikesan menerusi Kluster Pedas dan 24 kes daripada Kluster Syarikat Pembersihan.

“Oleh itu, kes penularan tempatan dalam kalangan warga Malaysia adalah 12 kes sahaja,” katanya ketika sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, terdapat 66 kes yang pulih hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 dan discaj daripada wad sebanyak 6,235 kes, 80.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes


Katanya, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,382 kes dan mereka sudah diasingkan serta diberi rawatan.

“Sehingga kini, seramai lapan kes positif Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah itu, dua kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, tiada kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) setakat 12 tengah hari ini.

Katanya, ia menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat jangkitan wabak berkenaan dalam negara ketika ini kekal 115 kes, 1.51 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Kategori