• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

58 Sembuh, Dua Kematian, 37 Kes Baharu Covid-19

oleh
13/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBANYAK 37 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), setakat 12 tengah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 21 daripada kes baharu itu membabitkan warga asing, sekali gus mencatatkan 6,779 kes keseluruhan dalam negara.

Menurutnya, empat kes baharu itu adalah kes import, manakala 33 kes membabitkan penularan dalam komuniti.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Kes aktif (positif Covid-19) kebolehjangkitan seramai 1,387 pesakit, mereka sudah diasingkan dan diberi rawatan.

“Seramai 16 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk empat daripada mereka menggunakan bantuan alat pernafasan.

“Bilangan pesakit sembuh terus bertambah dan hari ini, 58 orang dibenarkan discaj menjadikan jumlah keseluruhan 5,281 orang dengan kadar kesembuhan 77.9 peratus,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, dua kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 111 kes (1.64 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Menurutnya, kematian ke-110 (kes ke-6,743) adalah lelaki warganegara Malaysia berusia 30 tahun yang ditemui mati di Rompin, Pahang.

Katanya, ujian sampel Covid-19 diambil semasa bedah siasat didapati positif pada 12 Mei 2020 dan kes di bawah siasatan pihak Polis Diraja Malaysia dan Pejabat Kesihatan Rompin dengan punca jangkitan belum dikenalpasti serta masih dalam siasatan.

“Kes kematian ke-111 (kes ke-5,195) adalah lelaki warganegara Malaysia berumur 90 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan penyakit kronik pernafasan.

“Beliau dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor pada 16 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 10.36 pagi 13 Mei 2020 dan KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka,” katanya.

Tags: Covid-19CPRCKKMkoronavirus
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Rafidah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd