• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

42 Pulih, Tiada Kematian, 16 Kes Baharu Covid-19

oleh
27/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JANGKITAN baharu Covid-19 dalam negara kembali merekodkan angka dua digit selepas merekodkan hanya 16 kes hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes keseluruhan penularan wabak itu 7,619 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 15 kes baharu yang dilaporkan itu, ada enam kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

Beliau berkata, baki sembilan kes berkaitan penularan tempatan dengan empat kes membabitkan bukan warga Malaysia.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Menurutnya, jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada jangkitan Covid-19 dalam negara juga terus bertambah kepada 6,083 kes, 79.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Katanya, peningkatan itu susulan pertambahan 42 lagi kes pulih dan dibenarkan discaj daripada fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selain melebihi bilangan kes baharu yang dilaporkan.

“Keseluruhannya, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,421 kes.

“Seramai lapan pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), empat daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya ketika sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, tiada kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) setakat jam 12 tengah hari ini.

Katanya, ia menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat jangkitan wabak berkenaan dalam negara ketika ini kekal 115 kes, 1.51 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Tags: Covid-19CPRCKKM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi Dalam Bahasa Cina Untuk Bantu Komunikasi – KKM

Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi Dalam Bahasa Cina Untuk Bantu Komunikasi – KKM

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di Klinik Kesihatan Setapak merupakan inisiatif sokongan komunikasi kepada...

KKM Semak Dakwaan Kad Laporan Kesihatan Guna Bahasa Cina

KKM Semak Dakwaan Kad Laporan Kesihatan Guna Bahasa Cina

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menyemak dakwaan kad laporan kesihatan oleh sebuah klinik kesihatan kerajaan menggunakan bahasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd