• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

23 ADUN PN Selesai Menghadap Sultan Kedah

oleh
15/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seramai 23 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN) selesai mengadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Wisma Darul Aman hari ini.

Difahamkan, majlis menghadap dilakukan dalam tiga sesi bermula jam 10 pagi dan didahului lapan ADUN termasuk Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.

Mereka dikatakan menghadap selama kira-kira 30 minit sebelum kumpulan kedua masuk pada jam 10.30 pagi dan kumpulan ketiga pada jam 11 pagi.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Semua ADUN terbabit adalah 15 dari PAS, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)-Tan Sri Muhyiddin Yassin (empat), UMNO (dua) dan Bebas (dua).

Kenderaan yang membawa Sultan Kedah kemudian dilihat keluar dari Wisma Darul Aman pada jam 12.15 tengah hari.

Sementara itu, 12 ADUN Pakatan Harapan (PH) dijadual menghadap Sultan Kedah pada jam 3 petang ini.

Difahamkan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak akan hadir pada majlis menghadap petang ini.

Majlis menghadap hari ini diadakan berikutan krisis politik negeri yang membabitkan kedudukan Mukhriz sebagai Menteri Besar.

Ia susulan PN Kedah mengumumkan pembentukan kerajaan negeri baharu selepas mendapat sokongan daripada 23 ADUN di negeri ini, Selasa lalu.

Tags: ADUN Kedahperikatan nasionalSultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Diesel Negara Jiran Kini Lebih Rendah Berbanding Malaysia – Takiyuddin

Harga Diesel Negara Jiran Kini Lebih Rendah Berbanding Malaysia – Takiyuddin

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga diesel di negara jiran iaitu Thailand, Indonesia dan Vietnam kini lebih rendah berbanding Malaysia yang merupakan...

Rombakan PN: Muhyiddin, Azmin ‘Turun Pangkat’

Rombakan PN: Muhyiddin, Azmin ‘Turun Pangkat’

14/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Rombakan baharu kepimpinan Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) menyaksikan beberapa tokoh besar parti Bersatu ‘turun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd