• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

23 ADUN Dijangka Menghadap Sultan Kedah Esok

oleh
14/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMUA 23 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyokong Perikatan Nasional (PN) untuk membentuk kerajaan negeri baharu dijangka menghadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit, Alor Setar esok.

Ia susulan perkembangan politik di negeri itu selepas mereka menandatangani Akuan Bersumpah (SD) menyokong kepimpinan baharu menggantikan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Sumber berkata, menjadi amalan biasa bagi pihak istana untuk bertemu dan mendengar sendiri perkembangan berkenaan daripada semua wakil rakyat terbabit sebelum baginda memperkenankan sebarang keputusan.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Sebelum ini, ketika krisis politik di Kedah pada 2015 yang turut membabitkan Datuk Seri Mukhriz, Jemaah Pemangku Sultan juga mendapatkan penjelasan dan pandangan daripada ADUN.

“Selepas selesai menghadap nanti, kita harap proses yang berlaku selepas itu akan berjalan lancar tanpa sebarang masalah,” katanya kepada Harian Metro.

Difahamkan semalam, ketiga-tiga presiden parti menghadap Sultan Sallehuddin di ibu negara berhubung krisis berkenaan.

Selasa lalu, PN Kedah mengumumkan pembentukan kerajaan negeri baharu selepas mendapat sokongan daripada 23 ADUN di negeri itu.

Ia selepas ADUN Lunas, Azman Nasrudin dan ADUN Sidam, Dr Robert Ling Kui Ee mengumumkan keluar PKR selain sokongan daripada empat ADUN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) iaitu ADUN Guar Chempedak, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail, ADUN Bukit Kayu Hitam, Halimaton Shaadiah Saad, ADUN Kuah, Mohd Firdaus Ahmad dan ADUN Ayer Hangat, Juhari Bulat turut menyatakan sokongan kepada PN.

Perkembangan itu menjadikan kedudukan terkini DUN Kedah ialah PAS menguasai 15 kerusi, PKR (5), Amanah (4), Bersatu-PN (4), Bersatu-PH (2), UMNO (2), DAP (2) dan Bebas dengan dua kerusi. – myMetro Online

Tags: ADUN Kedahperikatan nasionalSultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Diesel Negara Jiran Kini Lebih Rendah Berbanding Malaysia – Takiyuddin

Harga Diesel Negara Jiran Kini Lebih Rendah Berbanding Malaysia – Takiyuddin

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga diesel di negara jiran iaitu Thailand, Indonesia dan Vietnam kini lebih rendah berbanding Malaysia yang merupakan...

Rombakan PN: Muhyiddin, Azmin ‘Turun Pangkat’

Rombakan PN: Muhyiddin, Azmin ‘Turun Pangkat’

14/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Rombakan baharu kepimpinan Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) menyaksikan beberapa tokoh besar parti Bersatu ‘turun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd