• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Dalil BCG Mampu Kurangkan Jangkitan Covid-19

oleh
08/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tiada dalil menunjukkan vaksin Bacillus Calmette-Guerin (BCG) yang disuntik pada usia kanak-kanak mampu mengurangkan kadar jangkitan koronavirus (Covid-19), kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurutnya, penyelidikan bersepadu perlu dilakukan bagi membolehkan vaksin dikeluarkan di pasaran.

“Sebelum ia digunakan, penyelidikan ke atas manusia perlu dilakukan sekurang-kurangnya enam hingga sembilan bulan,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Sementara itu, mengulas mengenai penggunaan ubat terhadap pesakit Covid-19, beliau berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) menggunakan ubat anti-malaria, Hydroxychloroquine dan kombinasi Lopinavir dan Ritonavir serta Chloroquine sejak dari awal kes dilaporkan.

“Hydroxychloroquine berkesan untuk anti radang. Ia dapat membantu dari segi inflamasi sekaligus melewatkan tahap jangkitan Covid-19,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, kesan sampingan penggunaan ubat berkenaan dipantau KKM.

“Setakat ini ia memberi kesan pada kategori satu atau dua sahaja,” katanya.

Menurutnya, hanya tujuh peratus daripada keseluruhan kes yang sedang dirawat berada di tahap ketiga.

“Tahap ketiga adalah pesakit mempunyai radang namun tidak memerlukan bantuan oksigen manakala lima peratus berada di unit rawatan rapi (ICU),” katanya.

Kadar pesakit pulih dan discaj adalah sebanyak 30 peratus dan kematian hanya 1.6 peratus daripada keseluruhan kes. – Sinar Harian

Tags: Covid-19kanak-kanakKKMvaksin BCG
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Rafidah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd