• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terus Patuh PKP Walaupun Tiada Kes Kematian COVID-19

oleh
21/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RAKYAT negara ini dinasihati tidak mengambil kesempatan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan trend penurunan kes baharu koronavirus baharu (Covid-19) sejak beberapa hari lalu.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, meskipun kes positif Covid-19 menunjukkan trend penurunan, ia tidak bermakna rakyat boleh leka dengan mengingkari arahan PKP.

Katanya, kerjasama dan kepatuhan terhadap arahan PKP masih diperlukan dalam usaha untuk memerangi dan memutuskan rantaian wabak Covid-19.

“Seperti diumumkan Ketua Pengarah Kesihatan (Datuk Dr Noor Hisham Abdullah) semalam, kes baharu positif Covid-19 merekodkan 36 kes dan tiada kematian, orang ramai mula merasakan perlu dilonggarkan segala sekatan PKP ini.

“Saya harap selagi PKP tidak ditamatkan dan prosedur operasi standard (SOP) baharu tidak diperkenalkan oleh kerajaan, pematuhan terhadap PKP harus dikekalkan dan masih tanggungjawab bersama,” katanya.

Ismail Sabri berkata, ada negara berjaya mengawal jangkitan Covid-19 dan melonggarkan PKP mereka, namun akhirnya terdapat peningkatan mendadak selepas pelonggaran itu.

“Kita ambil iktibar pengalaman negara berkenaan, sesetengah negara menunjukkan tiada kes baharu (Covid-19), namun sebaik mereka melonggarkan PKP, kes baharu naik mendadak, kita tidak mahu keadaan seperti itu,” katanya.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Beliau berkata, perkembangan baik mengenai kes baharu menunjukkan trend penurunan perlu dijadikan perkara positif tetapi orang ramai masih tertakluk untuk mematuhi arahan kerajaan melalui PKP fasa ketiga itu.

Menurutnya, berdasarkan laporan hari ke-37 dan genap seminggu PKP fasa ketiga dilaksanakan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengadakan 824 Sekatan Jalan Raya di seluruh negara.

Katanya, daripada keseluruhan sekatan itu, pasukan keselamatan terbabit memerika 603,314 kenderaan, manakala 52,380 pemeriksaan mengejut diadakan di seluruh negara, semalam.

“Hasilnya, polis menahan 946 individu berbanding 1,174 individu hari sebelumnya atas kesalahan ingkar PKP merangkumi 822 individu direman dan 124 individu dijamin polis.

“Daripada 946 individu yang ditahan, 433 ditahan di zon merah kerana ingkar arahan PKP manakala 101 individu juga dituduh di mahkamah semalam,” katanya.

Katanya, jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP berjumlah 16,870 individu sehingga semalam.

“Tolong patuhi PKP atau tindakan tegas akan diambil polis,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sudah melakukan sejak 3,040 operas sanitasi awam di 107 zon termasuk 30 di zon merah sejak 30 Mac lalu.

“Sebanyak 250 operasi sanitasi meliputi 78 zon di 14 negeri termasuk 44 kawasan di Johor dan 27 kawasan di Terengganu, semalam.

“Operasi sanitasi merangkumi 159 bangunan kerajaan, 111 tempat awam, 133 pusat perniagaan dan sembilan pasar raya,” katanya.

Katanya, kerajaan tiada halangan untuk syarikat swasta menawarkan perkhidmatan sanitasi bagi bangunan dan premis persendirian.

“Bagaimanapun, syarikat swasta yang menawarkan perkhidmatan sanitasi ini perlu mengikut nasihat dan peraturan yang ditetapkan KKM dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM),” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19koronavirusperintah kawalan pergerakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd