• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tangani Covid-19 Lebih Utama Daripada Isu Politik

oleh
27/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Wabak koronavirus (Covid-19) yang mencatatkan lebih 5,000 kes dengan 98 kematian di Malaysia berada di paras paling tinggi senarai keutamaan yang perlu ditangani kerajaan pada masa ini berbanding isu lain termasuk politik.

Menurut ahli akademik, mana-mana pemimpin yang baik pastinya memberikan tumpuan kepada usaha menjaga kebajikan dan kesihatan rakyat serta ekonomi negara dalam waktu yang mencabar ini.

Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Sivamurugan Pandian berkata, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh meraih populariti sekiranya mengambil pendekatan untuk mempolitikkan isu semasa, namun beliau tidak berbuat demikian.

Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

“Fokus kini pada Covid-19 dan perdana menteri memberi tumpuan kepada bagaimana untuk mengurus negara dan membantu rakyat yang berdepan dengan krisis ini. Malah, beliau menjelaskan ini adalah amanah dan tanggungjawab buat beliau.

“Ini gaya kepimpinan yang disambut baik apabila seorang pemimpin meletakkan keutamaan kepada isu yang memberi kesan kepada rakyat terutama kesihatan dan ekonomi mereka,” katanya hari ini.

Sivamurugan berkata, rakyat juga mahu kerajaan memberikan sepenuh tumpuan kepada usaha membendung penularan wabak Covid-19 bagi membolehkan mereka meneruskan kehidupan seperti sedia kala.

Semalam, Muhyiddin dalam temu bual khas yang disiarkan di stesen televisyen tempatan menyatakan beliau tidak memikirkan soal politik kepartian sejak mula dilantik Perdana Menteri kelapan pada 1 Mac lalu.

Muhyiddin berkata, beliau mengelak daripada mengeluarkan kenyataan berbaur politik kerana menyedari rakyat muak dengan cerita politik, terutama yang menyentuh soal parti dan status kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Sebaliknya, Perdana Menteri berkata, beliau menumpukan kepada usaha membantu rakyat yang berdepan penularan virus tersebut dan merangka pakej rangsangan untuk memastikan ekonomi negara terus stabil.

Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya tidak menolak kepentingan politik terutama dalam mencetuskan dasar pemerintahan.

“Kebimbangan terbesar ialah mengenai wabak Covid-19 yang telah menyebabkan seluruh kehidupan rakyat di negara ini dari segi ekonomi dan sosial terjejas. Rakyat lebih melihat kepada isu harian mereka, isu berkaitan punca pendapatan yang memerlukan perhatian dan tindakan,” katanya.

Beliau berkata, meskipun keutamaan sekarang ialah menangani wabak Covid-19, namun isu politik akan tetap bertiup kerana ia mempunyai tempat tersendiri dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Tags: Covid-19koronavirusperikatan nasionalpolitik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Dr Akmal: Pemuda UMNO Gesa Keadilan Tanpa Campur Tangan Politik

Kes Dr Akmal: Pemuda UMNO Gesa Keadilan Tanpa Campur Tangan Politik

21/08/2025
0

JOHOR BAHRU: Pemuda UMNO menggesa sebarang tindakan undang-undang terhadap ketuanya, Datuk Dr Muhamad Akmal Salleh, perlu dilaksanakan secara adil, telus...

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd