• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bazar Ramadan Pandu Lalu, Tempah, Ambil Tak Dibenarkan

oleh
16/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan memutuskan sebarang perniagaan yang berkaitan dengan bazar atau gerai Ramadan termasuk bentuk pandu lalu atau tempah serta ambil tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat yang diadakan pagi tadi.

“Mesyuarat hari ini telah meneliti dan mendengar pandangan daripada Kementerian Wilayah Persekutuan melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tentang perancangan mereka untuk membuka e-iftar iaitu gerai yang menjual kuih-muih atau lauk pauk untuk bulan Ramadan tidak dibenarkan.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Kalau kita wujudkan bazar misalnya 50 bazar sekelompok dan e-hailing (penghantar makanan) datang ambil di bazar tersebut selepas lakukan pesanan ia juga tidak boleh kerana gerai seperti itu tidak boleh (dibuka).

“Mesyuarat hari ini memutuskan sebarang bentuk perniagaan yang berkaitan dengan bazar atau gerai Ramadan termasuk konsep pandu lalu atau tempah dan ambil adalah tidak dibenarkan,” katanya selepas Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai PKP di Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.

Menjelaskan lanjut, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, keputusan itu dibuat selepas semua perkara diteliti khususnya dalam usaha untuk memutuskan rantaian wabak koronavirus (Covid-19).

Menurutnya, seperti yang diumumkan semalam hanya perkhidmatan melalui pesanan dalam talian dan dihantar menggunakan e-hailing sahaja dibenarkan.

“Perniagaan e-hailing biasa yang telah dilaksanakan sekarang dengan menghantar pesanan ke rumah boleh diteruskan seperti biasa,” katanya. – Sinar Harian

Tags: bazar ramadane-hailingpandu laluperintah kawalan pergerakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Juadah Bazar Ramadan: Tamak Atau Terpaksa?

Harga Juadah Bazar Ramadan: Tamak Atau Terpaksa?

23/02/2026
0

Oleh Mynewshub TAHUN ini kerajaan tampil membanteras kewujudan ‘middleman’ yang didakwa mengaut keuntungan melalui penyewaan tapak bazar Ramadan.   Pihak...

Pemandu E-hailing Cedera Di Muka, Dipukul Dengan Pengunci Stereng

Pemandu E-hailing Cedera Di Muka, Dipukul Dengan Pengunci Stereng

28/12/2025
0

Johor Bahru: Seorang lelaki cedera di muka selepas dipukul menggunakan alat pengunci stereng dalam kejadian dipercayai berpunca akibat salah faham...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd