• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tahanan PKP Tak Diletak Berasak-Asak Dalam Lokap

oleh
01/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tidak timbul isu tahanan yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diletakkan secara beramai-ramai dalam satu lokap, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, mengikut prosedur, mereka yang ditahan di sekatan jalan raya akan dibawa ke balai polis dan ditentukan sama ada dikompaun secara terus atau diberi jaminan polis untuk pulang, sementara kertas siasatan terhadap mereka dihantar ke Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

“Kita pun memang dari segi prosedur operasi standard kita, jarakan sosial adalah satu meter, jadi tak mungkin kita akan letakkan mereka berasak-asak dalam lokap.

“Jadi mereka akan dibenarkan pulang dan didakwa di mahkamah atau diberi kompaun terus di balai polis,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Khas Covid-19 bersama Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, tahap kepatuhan rakyat, bagaimanapun menunjukkan peningkatan selepas jumlah tahanan menurun sedikit kepada 742 berbanding 828 semalam.

“Saya harap trend ini berterusan. Ia satu gambaran bahawa rakyat semakin sedar tentang perlunya mereka mematuhi setiap arahan dikeluarkan kerajaan,” katanya menambah bahawa sebanyak 1,547 sekatan dengan 383,488 kenderaan diperiksa semalam sahaja.

Setakat hari ini, beliau berkata, seramai 165 individu dituduh dan enam daripadanya dijatuhkan hukuman denda atau penjara.

“Saya ingin maklumkan (hukuman) penjara dikenakan kepada pesalah yang ingkar ialah satu hingga empat bulan, jadi saya harap semua rakyat perlu melihat bahawa perintah ini satu perintah yang serius,” katanya.

Ismail Sabri berkata, pada masa ini semuanya terserah kepada rakyat untuk menentukan sama ada PKP akan diteruskan ke fasa ketiga, pada bulan puasa, begitu juga ketika Hari Raya Aidilfitri. 

Tags: Covid-19perintah kawalan pergerakanTahanan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bahang Panas Pertama Direkodkan Di Antartika

Next Post

Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan Jika Nak Raya

Related Posts

Hampir 1,000 Anak Yatim, Piatu Akibat COVID-19 Dibantu Yayasan Keluarga Malaysia

Hampir 1,000 Anak Yatim, Piatu Akibat COVID-19 Dibantu Yayasan Keluarga Malaysia

08/01/2025
0

PASIR MAS: Hampir 1,000 anak yatim dan yatim piatu yang kematian ibu atau bapa atau kedua-duanya disebabkan pandemik COVID-19, selain...

Mpox Merebak Melalui Kontak Rapat Berpanjangan, Tidak Mudah Menular Seperti COVID-19 – Pakar

Mpox Merebak Melalui Kontak Rapat Berpanjangan, Tidak Mudah Menular Seperti COVID-19 – Pakar

01/09/2024
0

KOTA BHARU: Kanak-kanak, individu berimuniti rendah, penghidap ekzema dan wanita mengandung mudah mendapat jangkitan Mpox atau cacar monyet yang teruk...

Next Post

Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan Jika Nak Raya

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd