• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Bunuh, Rogol Ibu Tunggal Direman Seminggu

oleh
01/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BACHOK – Suspek kes bunuh seorang lelaki dan rogol ibu tunggal di Kampung Mujur, Jelawat, kelmarin ditahan reman seminggu.

Perintah tahanan reman terhadap suspek berusia 19 tahun bermula hari ini sehingga Selasa depan.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintedan, Samsulmuddin Sulaiman ketika dihubungi mengesahkan penahanan reman suspek selama seminggu.

Katanya, suspek ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Terdahulu, suspek ditahan polis di kediamannya jam 10.30 pagi semalam.

Suspek ditahan ketika sedang tidur di rumah berkenaan yang terletak tidak jauh dari lokasi berlaku kejadian jenayah itu.

Dalam kejadian 7 pagi kelmarin, seorang lelaki maut ditikam manakala dua lagi cedera termasuk seorang ibu tunggal dipercayai dirogol suspek.

Lelaki yang maut berusia 28 tahun ditikam di perut dan dada manakala rakannya, lelaki berusia 25 tahun cedera parah yang dikatakan berada di rumah wanita ibu tunggal berusia 40-an ketika kejadian berlaku.

Suspek dipercayai memecah masuk rumah wanita berkenaan sebelum meletakkan pisau di tengkuk mangsa dan merogolnya. – BH Online

Tags: Kelantankes bunuhkes rogol
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

SENIMAN Saran Artis Lapor Polis, SKMM Ke Atas Zarina

Next Post

Ramai Penuntut Di Turki Mahu Pulang Ke Malaysia

Related Posts

Tiga Individu Didakwa Bunuh Seorang Penganggur Di Jasin

Tiga Individu Didakwa Bunuh Seorang Penganggur Di Jasin

06/08/2025
0

Jasin: Tiga individu masing-masing seorang pekerja pasar raya, mekanik dan pemandu lori didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini,...

Polis Tahan Pasangan Kekasih, Rampas 6,000 Pil Yaba, 1.4 Gram Syabu

Polis Tahan Pasangan Kekasih, Rampas 6,000 Pil Yaba, 1.4 Gram Syabu

01/08/2025
0

KOTA BHARU: Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan sepasang kekasih dan merampas 6,000 biji pil yaba serta 1.49 gram syabu dalam...

Next Post

Ramai Penuntut Di Turki Mahu Pulang Ke Malaysia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd